Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 1,627 Orang Pagi Ini

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,627 orang daripada 488 keluarga pada 8 pagi ini, berbanding 1,526 orang daripada 455 keluarga pukul 4 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan 1,268 orang daripada 377 keluarga di Sook masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS).

PPS itu ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 671 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (272), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (208), dan Dewan Kampung Ansip Tengah (117).

Sementara itu di Beaufort, sebanyak 359 mangsa daripada 111 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.

“Sebanyak 19 kampung masih terjejas banjir, iaitu 10 di Beaufort dan sembilan di Sook,” menurut kenyataan itu.
— BERNAMA

Sumber: Astro Awani

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

838 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Mekah Secara Berperingkat

Next Post

JHEAIK Sudah Ambil Keterangan Pendakwah Isu Solat Jumaat Bersama Bunian

Related Posts