Umar bin Abdul Aziz ialah khalifah Bani Umayyah yang kelapan dan ‘permata’ dalam kalangan mereka. Beliau menjunjung tinggi keadilan dan mengembalikan hak-hak mereka yang teraniaya sehingga digelar sebagai ‘Khalifah al-Rasyidin yang Kelima’, selepas 60 tahun berakhirnya era kekhalifahan awal tersebut.
Bukan itu sahaja, sebelum menyarung jubah kekhalifahan, beliau tekun menuntut ilmu daripada para sahabat dan tabi’in terkemuka sehingga dianggap sebagai salah seorang ulama terbesar pada zamannya.
Beliau turut mengarahkan pengumpulan dan pemeliharaan hadis Nabi apabila memegang jawatan khalifah. Beliau pernah menjadi gabenor Madinah, Taif dan seluruh Hijaz, kemudian menjadi khalifah selepas kematian sepupunya Sulaiman bin Abdul Malik, yang menjadikannya menteri dan penasihat.
Apabila memegang tampuk pemerintahan, beliau melancarkan kempen pembersihan besar-besaran dengan memecat sebilangan besar gabenor terdahulu yang dituduh melakukan kezaliman dan rasuah, dan menghidupkan semula amalan syura selepas ia terhenti. Tempoh pemerintahannya ialah dua tahun dan lima bulan.
𝗟𝗮𝘁𝗮𝗿 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴
Abu Hafs Umar bin Abdul Aziz dilahirkan pada tahun 61H / 682M di kota Madinah. Keluarga ibunya berasal dari keturunan Sayidina Umar bin al-Khattab RA, khalifah kedua. Ibunya bernama Ummu ‘Asim Laila binti ‘Asim bin Umar bin al-Khattab, iaitu anak perempuan kepada wanita Hilaliyah yang percakapannya dengan ibunya didengari oleh Khalifah Umar semasa lawatan pemeriksaannya di Madinah. Kisah mereka masyhur sehingga kini dan menjadi iktibar dan pengajaran.

Kisah tersebut bermula ketika ibunya menasihatinya untuk mencampur air dengan susu bagi menambah kuantiti dan harga jualan, dengan alasan Khalifah Umar tidak melihat perbuatan mereka. Maka, anak perempuan itu menjawab: “Demi Allah, saya tidak akan mentaatinya di khalayak ramai dan menderhakainya di tempat sunyi.” Mendengar jawapan itu, Sang khalifah mengahwinkan anaknya bernama ‘Asim dengan gadis tersebut, lalu lahirlah Laila dan daripada Laila, lahirlah Umar bin Abdul Aziz.
Bapanya pula ialah Abdul Aziz bin Marwan, salah seorang pembesar Bani Umayyah, yang menjadi gabenor Mesir pada zaman bapanya (Khalifah Abdul Malik bin Marwan) dan memerintah selama 20 tahun. Beliau dikenali sebagai seorang pakar dalam tatabahasa Arab.
Datuknya pula ialah Marwan bin al-Hakam, pengasas dinasti Umayyah kedua. Sebelum itu, beliau merupakan jurutulis serta orang kepercayaan Khalifah Uthman bin Affan. Bapa saudaranya Abdul Malik bin Marwan ialah khalifah Umayyah kelima dan salah seorang fuqaha besar Madinah.
𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝗶𝗮𝗵
Umar dibesarkan di kota Madinah dalam kalangan keluarga ibunya dan sering mengunjungi sahabat besar, Abdullah bin Umar untuk mempelajari ilmu, hadis dan tafsir al-Quran.
Umar dibesarkan di kota Madinah dalam kalangan keluarga ibunya dan sering mengunjungi sahabat besar, Abdullah bin Umar untuk mempelajari ilmu, hadis dan tafsir al-Quran.
Ibn Umar melihat tanda-tanda kecerdasan dan kepimpinan pada wajah pemuda itu, lalu menulis kepada bapanya agar membenarkan Umar tinggal bersamanya apabila bapanya ingin membawa isteri dan anak-anaknya ke Mesir semasa pemerintahannya di sana. Bapanya gembira dan memberikan nafkah serta berwasiat kepada saudaranya Abdul Malik untuk menjaganya.
Umar terus tinggal di Madinah, bergaul dengan ulama dan fuqaha besarnya sehingga mantap ilmunya dan kukuh pemahamannya dalam fiqh dan hadis, lalu menjadi rujukan masyarakat. Antara gurunya ialah Salih bin Kaisan, Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin Mas’ud (salah seorang daripada tujuh fuqaha Madinah) dan Said bin al-Musayyib (penghulu tabi’in).
Apabila bapanya meninggal, bapa saudaranya Abdul Malik menjaganya, dan beliau seorang fuqaha yang diiktiraf ilmunya. Umar membesar di bawah didikannya, belajar ilmu, politik dan pentadbiran daripadanya, dan dikahwinkan dengan anak perempuannya Fatimah.
Namanya disebut dalam kitab-kitab mazhab Hanafi sebagai “Umar al-Saghir” (Umar Muda) untuk membezakannya dengan datuknya Umar bin al-Khattab. Imam Malik menyebutnya dalam al-Muwatta’ di lebih 20 tempat dan Imam al-Nawawi (dari mazhab Syafii) turut menulis biografinya dalam kitab al-Asma’ wa al-Lughat. Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku tidak tahu pendapat sesiapa pun dari kalangan tabi’in yang menjadi hujah kecuali pendapat Umar bin Abdul Aziz.”
Gurunya Ubaidullah bin Abdullah berkata: “Ulama-ulama di sisi Umar bin Abdul Aziz adalah seperti pelajar-pelajarnya.” Mujahid bin Jabir berkata: “Kami datang kepada Umar untuk mengajarnya, tetapi kami tidak berlalu sehingga kami belajar daripadanya.”
Walaupun kedudukan ilmiahnya yang tinggi, ilmunya tidak tersebar luas dan tidak menjadi mazhab yang setanding dengan mazhab-mazhab lain yang setaraf atau di bawahnya, disebabkan kesibukannya dengan politik dan kewafatannya yang awal..
Beliau berkata tentang dirinya: “Aku keluar dari Madinah, tiada seorang pun yang lebih berilmu daripadaku. Apabila tiba di Syam, aku lupa.”
Walaupun sibuk sepenuhnya dengan politik semasa pemerintahannya, minat terhadap ilmu, terutamanya hadis Rasulullah SAW, tetap melekat pada Umar. Apabila beliau bimbang ilmu hadis akan hilang dengan kewafatan para tabi’in yang meriwayatkannya, dan dengan tersebarnya pemalsuan hadis, beliau mengarahkan para ulama mengumpulkan sunnah dan hadis Nabi SAW.
𝗞𝗲𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗦𝘆𝘂𝗿𝗮
Umar bin Abdul Aziz dilantik sebagai gabenor Madinah pada tahun 87H pada zaman sepupunya al-Walid bin Abdul Malik, menggantikan gabenor sebelumnya yang tidak bersikap baik terhadap penduduknya. Madinah ketika itu menjadi tempat perlindungan bagi ramai yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Bani Umayyah dan mengkritik dasar-dasar mereka.

Umar menyedari sifat sosial dan politik Madinah. Sebaik sahaja memegang jawatan, beliau membentuk majlis syura yang terdiri daripada tujuh fuqaha Madinah dan tokoh-tokoh terkemuka yang mempunyai pengaruh sosial dan politik. Antara mereka ialah al-Qasim bin Muhammad, Said bin al-Musayyib, Kharajah bin Zaid, Sulaiman bin Yasar, Urwah bin al-Zubair, Ubaidullah bin Abdullah dan Salim bin Abdullah.
Beliau menjelaskan matlamatnya kepada mereka: “Saya panggil kamu semua untuk satu perkara yang kamu akan diberi pahala dan kamu akan menjadi pembantu dalam kebenaran. Saya tidak mahu memutuskan sesuatu perkara kecuali dengan pendapat kamu atau pendapat sesiapa yang hadir. Jika kamu lihat seseorang melampaui batas, atau sampai kepada kamu berita tentang kezaliman mana-mana pegawai saya, saya minta dengan nama Allah, sesiapa yang mengetahuinya hendaklah memberitahu saya.”
Umar tidak pernah menyimpang daripada pendapat mereka, terutamanya jika pendapat itu dipersetujui oleh Said bin al-Musayyib. Ibn al-Musayyib tidak pernah menemui mana-mana khalifah, tetapi beliau menemui Umar, menasihati, mengingatkan dan memberi pandangan kepadanya.
𝗠𝗲𝗿𝗼𝗻𝗱𝗮 𝗦𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗠𝗼𝘆𝗮𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮
Umar pada awalnya menutup tempat-tempat minuman keras dan maksiat dan beliau berjalan di lorong-lorong Madinah pada siang hari dan meronda pada malam hari untuk memerhati dan memantau. Usaha ini membawanya mengenali golongan miskin dan fakir, lalu beliau memenuhi keperluan mereka, menyara hidup dan mengembalikan maruah mereka. Beliau mensyaratkan kepada sepupunya khalifah agar tidak mengirimkan wang saraannya sehingga keperluan penduduk Madinah dipenuhi.

Atas arahan al-Walid, beliau memperluaskan Masjid Nabawi dan menggabungkan bilik-bilik isteri-isteri Nabi SAW kecuali bilik Aisyah RA, serta memperdalam mihrabnya dan meninggikan menara-menaranya, yang menjadi sunnah dalam masjid-masjid.
Umar kekal sebagai amir haji sepanjang pemerintahannya di Hijaz, mengerjakan haji, berkhutbah, menasihati, memberi fatwa dan mengajar orang ramai tentang manasik haji.
𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗕𝗮𝗻𝗶 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺
Antara jasa besarnya semasa memerintah Madinah dan Hijaz ialah merapatkan jurang antara kerajaan yang memerintah dan Bani Hashim yang tersisih akibat layanan beberapa khalifah Umayyah. Beliau menghapuskan kezaliman terhadap mereka, memerintahkan agar mereka dihubungi, mengalu-alukan mereka, dan mengarahkan agar mereka tidak menunggu di pintu gerbangnya jika hadir, tetapi terus masuk.

Beliau berkata: “Aku malu kepada Allah jika seorang lelaki dari ahli keluarga Nabi SAW berdiri di pintuku dan tidak segera diizinkan masuk menemuiku.” Dan berkata kepada mereka: “Demi Allah, tidak ada satu keluarga pun di muka bumi ini yang lebih aku cintai daripada kamu, dan kamu lebih aku cintai daripada keluargaku sendiri.”
Beliau terus menegakkan keadilan sedaya upaya dan menghapuskan kezaliman daripada rakyat sehingga menyebabkan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi, gabenor al-Walid di Iraq, berasa tersepit kerana Umar melindungi mereka yang melarikan diri daripada kekejamannya ke Madinah. Al-Hajjaj menulis kepada al-Walid mengkritik Umar dan menggambarkan keadaan sebagai kelemahan dalam pemerintahan dan kekurangan pada pemimpin. Lalu al-Walid memecat Umar daripada jawatan gabenor.
Umar keluar dari Madinah sambil menangis dan berkata kepada pembantunya: “Wahai Muzahim, aku khuatir kita termasuk dalam golongan yang akan diusir oleh Madinah,” merujuk kepada hadis Nabi SAW: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga Madinah mengusir orang-orang jahatnya, sebagaimana tukang besi mengeluarkan kotoran besi.”
𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗱𝗶𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵
Umar tiba di Damsyik dalam usaha untuk melakukan pembaharuan dengan mencegah kezaliman yang merunsingkannya, menyedari tanggungjawabnya sebagai anggota keluarga pemerintah. Namun, beliau tidak sependapat dengan al-Walid, maka usaha pembaharuan terhenti sehingga al-Walid meninggal dan digantikan oleh saudaranya Sulaiman.

Pada ketika itu, Umar melihat peluang untuk pembaharuan dan perubahan, dan Sulaiman menyukai kebenaran dan keadilan, lalu melantik Umar sebagai menteri dan penasihatnya. Antara menteri Sulaiman juga ialah Raja’ bin Haiwah, seorang lelaki alim dan soleh yang terus mendesak Sulaiman untuk melantik Umar sebagai khalifah, sehingga Sulaiman pernah berkata di hadapan ramai dari Bani Umayyah: “Demi Allah, aku akan mengikatkan untuk mereka satu ikatan yang tidak ada bahagian untuk syaitan di dalamnya.”
Umar dibaiat sebagai khalifah pada bulan Safar tahun 99H. Perkara ini tidak memuaskan hati sebahagian anak-anak Abdul Malik, tetapi mereka akur melihat sambutan dan kegembiraan orang ramai terhadap pemerintahan Umar. Umar sendiri tidak menyukai jawatan itu dan merasakan beratnya tanggungjawab. Dalam khutbah pertamanya, beliau menawarkan untuk melepaskan baiat mereka, tetapi mereka berseru serentak: “Kami telah memilihmu, wahai Amirul Mukminin.”
Tanggungjawab berat itu merampas sepenuh masa dan tenaga Umar, sehingga isterinya Fatimah pernah melihatnya termenung dan menangis, lalu bertanya, dan beliau menjawab: “Aku tahu Tuhanku akan bertanya kepadaku tentang orang-orang yang dipimpinku, dan lawanku di hadapan-Nya ialah Muhammad SAW.”
Isterinya berkata: “Sesungguhnya Umar RA telah mencurahkan jiwa dan raganya untuk rakyat. Beliau duduk melayani mereka sepanjang hari. Jika petang tiba dan masih ada urusan hari itu yang tertinggal, beliau menyambungkannya pada malam hari, sehingga petang hari berikutnya selesai urusannya. Kemudian beliau meminta pelitanya (yang dibiayai daripada hartanya sendiri), lalu berdiri solat dua rakaat, kemudian duduk bersila dengan meletakkan kepalanya di atas tangannya, air matanya mengalir di pipinya, dan terdengar bunyi isak tangisnya. Aku berkata: ‘Nyawanya telah keluar atau hatinya pecah.’ Beliau terus begini sepanjang malam sehingga fajar menyingsing, lalu beliau berpuasa pada siang harinya.”
Sejak menjadi khalifah, beliau meninggalkan segala kesenangan, walaupun mewarisi harta yang banyak daripada bapanya, dan hidup sederhana serta zuhud seperti mana-mana rakyat jelata.
𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮
Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz dalam pemerintahannya menekankan tiga perkara yang dilihatnya tidak dilaksanakan oleh pendahulunya dengan sebaiknya, iaitu: menegakkan kebenaran dengan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, melaksanakan syura, dan menegakkan keadilan.

Beliau mengisytiharkan dalam khutbah pertamanya soal polisinya yang jelas untuk mengikuti sunnah Nabi SAW dan petunjuk khulafa’ al-rasyidin, sehingga al-Hasan al-Basri, tabi’in terkenal, berkata: “Tidak pernah datang kepada kami sepucuk surat pun daripada Umar bin Abdul Aziz melainkan ia menghidupkan sunnah, mematikan bid’ah, atau mengembalikan hak yang teraniaya.”
Umar kemudian memberi perhatian kepada penasihat dan menterinya dengan memperluaskan lingkaran syura untuk meliputi ulama, orang soleh, dan ahli fikiran serta nasihat. Beliau juga melarang penyair masuk menemuinya.
Beliau menghantar surat kepada para ulama dan mereka yang dilihat mempunyai kebaikan dan kesolehan untuk meminta nasihat dan pendapat, antaranya: Maimun bin Mihran, Raja’ bin Haiwah, Riyyah bin Ubaidah al-Kindi, al-Hasan al-Basri, Salim bin Abdullah, dan Tawus bin Kaisan serta ramai lagi.
Mengenai keadilan, contoh paling jelas ialah tindakan Umar terhadap keluarganya sendiri dari Bani Umayyah. Beliau memansuhkan keistimewaan kewangan dan elaun khas yang diberikan kepada mereka, dan menyamakan mereka dengan rakyat jelata. Beliau berkata kepada mereka pada suatu hari apabila mereka mendesaknya tentang hak: “Demi Allah, kamu dan seorang lelaki biasa daripada umat Islam di sisiku dalam perkara ini adalah sama sahaja.”
Beliau sering memutuskan kes terhadap keluarga sendiri apabila berlaku pertikaian antara mereka dan orang lain, seperti dalam kes Maslamah bin Abdul Malik dan sekumpulan penduduk Deir Ishaq.
Beliau menjadikan pengembalian hak yang dirampas oleh pendahulunya sebagai prinsip dan dasar hingga hari kewafatannya. Beliau bermula dengan dirinya dan anak-anaknya, dan terus menentang kaum dan keluarganya mengenai apa yang mereka perolehi secara tidak sah sehingga hati mereka membencinya. Ishak bin Abdullah berkata: “Umar terus mengembalikan hak-hak yang teraniaya sejak zaman Muawiyah sehingga beliau menjadi khalifah.”
Pada suatu hari, ibu saudaranya datang memohon syafaat untuk anak-anak saudaranya yang hartanya dirampas oleh Umar. Beliau melayannya dengan baik dan memuliakannya, tetapi menolak syafaatnya. Ibu saudaranya kembali kepada anak-anak saudaranya dan berkata: “Kamu kahwin dengan keluarga Umar (maksudnya Umar bin al-Khattab), tetapi apabila sifat-sifatnya (keadilan) menonjol, kamu resah! Bersabarlah menghadapinya.”
𝗞𝗲𝘄𝗮𝗳𝗮𝘁𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮
Dasar Umar merampas harta daripada mereka yang mengambilnya secara tidak sah, mengembalikan hak yang teraniaya, dan menyekat golongan yang mencari keuntungan tanpa hak, menimbulkan kemarahan sebilangan dari Bani Umayyah, sehingga mendorong mereka untuk berkonspirasi meracuninya dengan memasukkan racun ke dalam makanannya, setelah menyogok hambanya dengan seribu dinar. Umar telah mengabaikan langkah berjaga-jaga dan menolak pengawalan peribadi.

Umar menderita sakit selama 20 hari, racun merebak dalam darahnya dan membunuhnya secara perlahan, sehingga rohnya kembali kepada Penciptanya pada bulan Rejab tahun 101H, pada usia kurang daripada 40 tahun. Solat jenazah ke atasnya diimamkan oleh Maslamah bin Abdul Malik, dan beliau dikebumikan di Deir Sim’an berhampiran Ma’arat al-Nu’man di Syria.
Isterinya Fatimah binti Abdul Malik, ketika ditanya oleh orang yang bertakziah tentang keadaannya di rumah, menjawab: “Demi Allah, Umar bukanlah orang yang paling banyak solat atau puasa di antara kamu, tetapi demi Allah, aku tidak pernah melihat seorang hamba Allah yang lebih takut kepada Allah daripada Umar.”
Al-Hasan al-Basri apabila mendengar berita kematiannya berkata: “Telah mati sebaik-baik manusia.”
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
Al-Jazeera
Al-Jazeera