Keturunan Sahaja Tidak Menjamin Ke Syurga

    Dalam al-Quran, Allah mengingatkan kita bahawa keturunan sahaja tidak menjamin seseorang itu untuk masuk ke dalam syurga. Firman Allah:

    جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ

    “Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka…” (Surah al-Ra’d: 23)

    Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan:

      دليل على أن هؤلاء الأقارب لا يستحقون دخول الجنة ، إلا إذا كانت أعمالهم صالحة

      “Ayat ini menjadi dalil bahawa keturunan seseorang tidak menjamin mereka masuk ke syurga melainkan sekiranya ia diiringi dengan amal soleh mereka.” (Tafsir al-Wasit)

      Semoga Allah membimbing kita untuk lebih banyak menjalankan amal soleh di sisinya.

        Dr. Ahmad Sanusi Azmi
        Pensyarah Kanan USIM

        #islamhidupku

        Total
        0
        Shares
        Leave a Reply

        Your email address will not be published. Required fields are marked *

        Previous Post

        Kesabaran Kunci Kejayaan

        Next Post

        Polis Johor Terima 3 Laporan Hina Islam Terhadap Harith Iskander

        Related Posts