Cinta Nabi bukan sekadar untuk dipuji

Cinta Nabi bukan sekadar untuk dipuji
BULAN Rabiulawal mengingatkan umat Islam kepada kelahiran insan teragung iaitu Nabi Muhammad SAW yang diutuskan ALLAH SWT sebagai rahmat buat seluruh alam dan menjadi contoh terbaik dalam seluruh aspek kehidupan.
Kemuliaan Baginda SAW diiktiraf ALLAH SWT dalam firman-NYA: โ€œSesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang amat hebat.โ€ (Surah al-Qalam: 4)
โ€œAyat ini menegaskan keagungan Rasulullah SAW bukan hanya pada kedudukan Baginda sebagai utusan ALLAH SWT, bahkan terserlah melalui akhlak, budi pekerti dan kesantunan Baginda.
โ€œKemuliaan peribadi Rasulullah SAW turut diakui ramai sarjana termasuk sebahagian tokoh dan pengkaji sejarah yang bukan Islam,โ€ ujar khatib pada permulaan khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) baru-baru ini.
Menurut JHEAINS, sebagai umat, asas kecintaan kepada Rasulullah SAW bukanlah semata-mata kerana pujian manusia, tetapi kerana iman dan keyakinan bahawa Baginda ialah kekasih ALLAH SWT yang membawa hidayah untuk sekalian manusia.
โ€œKita yang terpilih menjadi umat Nabi Muhammad SAW sewajarnya bersyukur, berbangga dengan nikmat iman dan berusaha menjadikan Baginda sebagai teladan.
โ€œWalaupun kita dipisahkan oleh jarak masa yang jauh dengan Rasulullah SAW, kecintaan kepada Baginda tetap hidup melalui usaha mengamalkan sunnah sepanjang masa,โ€ ujarnya.
Oleh sebab itu katanya, kedatangan Rabiulawal tidak seharusnya diraikan dengan sambutan, selawat dan pujian semata-mata, tetapi hendaklah menjadi dorongan untuk memperbaharui cinta kepada Rasulullah SAW.
๐—•๐˜‚๐—ธ๐˜๐—ถ ๐—ฐ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ถ ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐—ธ
Jelasnya, cinta kepada Rasulullah SAW itu perlu dibuktikan menerusi akhlak, ketaatan dan meneladani perjuangan Baginda.
โ€œAntara sifat agung Rasululllah SAW yang wajar diteladani termasuklah kasih sayang Baginda terhadap umatnya.
โ€œKasih sayang Rasulullah SAW itu terpancar melalui akhlak dan tindakan. Baginda memudahkan urusan manusia, menyantuni golongan yang memerlukan, menjaga hubungan kekeluargaan dan memaafkan orang yang pernah menyakiti Baginda,โ€ jelasnya.
Dalam sirah juga dirakamkan contoh yang ditunjukkan Rasulullah SAW, antaranya peristiwa pembukaan kota Makkah.
โ€œKetika itu Rasulullah SAW berada pada kedudukan yang kuat, namun Baginda memilih untuk memaafkan golongan yang pernah memusuhi, menyakiti dan mengusir Baginda.
โ€œPeristiwa ini mengajar kita jiwa yang dekat dengan ALLAH SWT bukan jiwa yang menyimpan dendam, tetapi jiwa yang mampu memaafkan ketika mempunyai peluang untuk membalas,โ€ hurainya.
Begitu juga pada hari akhirat kelak, manusia dikumpulkan di Padang Mahsyar dalam keadaan ketakutan dan waktu itulah Rasulullah SAW hadir dengan syafaat Baginda yang memudahkan orang yang beriman melalui ujian yang mencemaskan itu.
โ€œMaka beruntunglah orang yang benar-benar mencintai Baginda, memperbanyakkan selawat dan berusaha mengikuti sunnah Baginda,โ€ ujar khatib.
๐—”๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ฎ
JHEAINS turut menyatakan dalam kehidupan, hubungan sesama manusia kadangkala menjadi keruh bukan kerana perkara besar, tetapi kerana kata-kata yang mengguriskan hati, sikap mementingkan diri dan kurangnya kepekaan terhadap perasaan orang lain.
โ€œSebagai contoh dalam rumah tangga, lidah yang tidak dijaga boleh melukai hati pasangan dan anak-anak. Dalam kejiranan pula, sikap tidak bertimbang rasa boleh menimbulkan perasaan kurang senang.
โ€œDi masjid, cara kita meletakkan kenderaan, menjaga kebersihan dan menghormati ketenteraman jemaah turut mencerminkan akhlak kita. Di jalan raya, kesabaran ketika memandu boleh meredakan kemarahan pengguna jalan raya.
โ€œBegitu juga di media sosial, tulisan yang disebarkan tanpa adab boleh mengeruhkan hubungan. Semua contoh ini mengingatkan kita bahawa sunnah Rasulullah SAW bukan hanya diamalkan dalam ibadah khusus, tetapi juga dalam cara kita menjaga perasaan dan bermasyarakat,โ€ hurainya.
Tambahnya, orang yang benar-benar meneladani Rasulullah SAW pandai menahan lidah daripada menyakiti, merendahkan ego ketika ditegur, meminta maaf apabila tersilap dan memaafkan apabila disakiti.
Untuk memantapkan rasa cinta akan Rasulullah SAW, JHEAINS berpesan agar umat Islam mengamalkan perkara berikut:
  • Kenalilah Rasulullah SAW dengan ilmu, bukan sekadar dengan perasaan. Cinta yang benar perlu dibina atas pengenalan yang jelas terhadap kehidupan, perjuangan dan petunjuk yang Baginda tinggalkan. Oleh itu, bacalah sirah Rasulullah SAW dan dekatkan diri dengan majlis ilmu yang membicarakan keperibadian Nabi.

  • Hadirkan rasa syukur kerana dipilih sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Melalui perjuangan Baginda jualah kita dapat menikmati nikmat Iman dan Islam untuk mencari keredaan ALLAH SWT. Maka apabila nikmat menjadi umat Nabi SAW sentiasa dikenang, hati akan lebih mudah untuk berselawat dan mencontohi akhlak Baginda yang mulia.

  • Wariskan kecintaan kepada Rasulullah SAW kepada generasi selepas kita. Cinta kepada Baginda tidak cukup jika hanya hidup dalam diri sendiri, tetapi ia perlu disampaikan kepada anak-anak, keluarga dan masyarakat.
Ibu bapa boleh menceritakan perihal kesabaran, keberanian dan kasih sayang Rasulullah SAW dalam bahasa yang dekat dengan kehidupan anak-anak. Dengan cara ini, cinta kepada Rasulullah SAW akan terus subur dari satu generasi kepada generasi yang lain.

๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ:
https://www.sinarharian.com.my/article/793319/sinar-islam/islam-sejagat/cinta-nabi-bukan-sekadar-untuk-dipuji
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Maulidur Rasul: Kesatuan ummah berdepan cabaran, pemimpin Islam perlu kurangkan sengketa - Sultan Nazrin

Maulidur Rasul: Kesatuan ummah berdepan cabaran, pemimpin Islam perlu kurangkan sengketa – Sultan Nazrin

Next Post
Generasi Islam perlu berprinsip, tolak ekstremisme

Generasi Islam perlu berprinsip, tolak ekstremisme

Related Posts

Allah Melaknat Keterlibatan Dengan Arak

ู„ูŽุนูŽู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู’ุฎูŽู…ู’ุฑูŽ ูˆูŽุดูŽุงุฑูุจูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุณูŽุงู‚ููŠูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุจูŽุงุฆูุนูŽู‡ูŽุง ูˆูŽู…ูุจู’ุชูŽุงุนูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุนูŽุงุตูุฑูŽู‡ูŽุง ูˆูŽู…ูุนู’ุชูŽุตูุฑูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุญูŽุงู…ูู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุญู’ู…ููˆู„ูŽุฉูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู โ€œAllah melaknat arak, orang yang meminumnya,…
Read More