Bekalan Haiwan Korban Aidiladha Mencukupi – DVS

PUTRAJAYA: Bekalan lembu, kerbau dan kambing bagi keperluan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini dijamin mencukupi.

Ketua Pengarah Veterinar (DVS), Dr Akma Ngah Hamid berkata secara keseluruhannya permintaan bagi haiwan korban tahun ini sebanyak 34,451 lembu dan kerbau, manakala kambing serta bebiri pula dianggarkan sebanyak 22,453 ekor.

Katanya, berdasarkan data DVS sehingga Mac lalu, stok bekalan sedia ada dalam negara bagi lembu dan kerbau adalah 35,581 ekor, manakala 3,223 ekor lagi adalah haiwan import yang sudah berada dalam negara dan bersedia untuk disembelih.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan bekalan lembu dan kerbau untuk korban tahun ini adalah sebanyak 38,804 ekor, iaitu melebihi jumlah permintaan semasa,” katanya lapor Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, bagi kambing dan bebiri pula, bekalan tempatan mencecah 26,845 ekor, manakala 3,322 ekor lagi adalah haiwan import yang sudah bersedia untuk tujuan sembelihan korban.

“Jumlah keseluruhan bekalan untuk kambing dan bebiri bagi tujuan korban adalah 30,167 ekor, juga melebihi anggaran permintaan,” katanya.

Sumber: Buletin Tv3

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

33 Hari Kembara Berbasikal, Amar Baharin & Qobin Selamat Tiba Di Masjid Nabawi

Next Post

Jumlah Kematian Penduduk Di Gaza Mencecah 54,249 Orang

Related Posts