Isu Tahan Jenazah, JAWI Diarah Siasat Aduan Tular

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) telah diarahkan untuk membuat siasatan serta mengambil tindakan dengan segera berhubung dakwaan jenazah ditahan hampir 24 jam di surau Balai Islam Pekeliling, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan menegaskan, pihaknya mengambil serius berhubung aduan berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai jenazah wanita ditahan di surau berkenaan hampir 24 jam yang mana kartel mengenakan bayaran RM2,200 kepada waris.

Bagaimanapun ahli Jawatankuasa surau berkenaan menafikan terlibat dalam memanipulasikan atau mengenakan caj tinggi bagi pengurusan jenazah dan tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana pihak.- Sinar Harian

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bila Rasulullah SAW Telah Sayang Seseorang

Next Post

2 RUU Perkukuh Pentadbiran Islam, Perundangan Syariah

Related Posts