
MEKAH: Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia, menjadikan jumlah tujuh kematian setakat ini.
Seorang jemaah wanita, Siti Hawa Ibrahim, 64, dari Terengganu, meninggal dunia pada Selasa, jam 9.32 pagi akibat serangan jantung di Hospital King Abdullah.
Manakala jemaah lelaki, Abdul Halim Awang, 76, dari Kedah, meninggal dunia pada jam 2.45 pagi Rabu akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ di Hospital King Abdullah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar ketika mengumumkan berita kematian itu, berkata semua waris sudah dimaklumkan dan Tabung Haji akan melaksanakan urusan jenazah.
“Kami doakan semua Allahyarham menerima niat mereka untuk menunaikan haji. Saya dan pengurusan tertinggi Tabung Haji mengucapkan takziah, katanya.
Mohd Na’im pada majlis melepaskan rombongan jemaah pertama ke Arafah pada Rabu. – Foto Astro AWANI
Beliau berkata demikian selepas majlis melepaskan rombongan jemaah pertama ke Arafah pada Rabu.
Sumber: Astro Awani
#islamhidupku