Ajar anak perempuan elak bahaya, didik anak lelaki hormati wanita – Dinie

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu mengubah pendekatan dalam mendidik anak-anak dengan tidak lagi meletakkan tanggungjawab menjaga keselamatan semata-mata kepada anak perempuan sebaliknya memastikan anak lelaki turut dididik mengenai rasa hormat, persetujuan dan batas pergaulan sejak kecil.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Generasi Aspirasi Pemimpin Wanita Malaysia (GAP.MY), Dinie Fadil berkata, tragedi membabitkan kematian pelajar perempuan, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di Yong Peng serta kes Yap Shing Xuen seharusnya menjadi peringatan keselamatan kanak-kanak perempuan perlu ditangani secara menyeluruh.

“Selama ini, anak perempuan diajar cara untuk mengelakkan bahaya, seperti tidak berjalan bersendirian, pulang awal, berkongsi lokasi dan berhati-hati ketika menggunakan internet. Namun, kita perlu bertanya, siapa pula yang mengajar anak lelaki supaya tidak menjadi ancaman kepada orang lain?”

“Keselamatan tidak sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka yang berisiko menjadi mangsa semata-mata,” katanya sempena Hari Kanak-Kanak Perempuan Antarabangsa yang disambut hari ini.

Beliau berkata, anak lelaki perlu memahami penolakan bukan satu penghinaan, rasa cemburu bukan bukti kasih sayang dan keinginan untuk mengawal seseorang bukan tanda perlindungan. Menurutnya, perkataan ‘tidak’ perlu dihormati manakala perasaan marah atau kecewa tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan keganasan.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://malaysiagazette.com/2026/10/11/ajar-anak-perempuan-elak-bahaya-didik-anak-lelaki-hormati-wanita-dinie/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

CAP kecewa tiada kenaikan cukai eksais rokok biarpun penyakit akibat merokok bebankan negara

Next Post

Jerebu rentas sempadan: Indonesia perlu bertanggungjawab, tampil mohon maaf

Related Posts