
Dalam hadis, terdapat beberapa riwayat yang menunjukkan Rasulullah membaca surah tertentu dalam solat Baginda Nabi. Ini sangat sesuai untuk dijadikan pedoman buat kita.
Antaranya, menurut riwayat Abu Hurairah, Rasulullah dilihat membaca surah yang pendek-pendek dalam Solat Maghrib. Kata Abu Hurairah:
وَيَقْرَأُ فِي المَغْرِبِ بِقِصَارِ المُفَصَّلِ
“Dan Rasulullah membaca surah yang pendek-pendek dalam Solat Maghrib.” (HR al-Nasa’i)
Namun, terdapat juga riwayat yang menunjukkan Rasulullah membaca surah yang panjang dalam solat Maghrib seperti Surah al-Tur dan Surah al-Anfal.Begitu juga Rasulullah dikatakan membaca Surah aal-Buruj atau yang seumpama dengannya dalam solat Zuhur dan Asar. al-Tirmizi meriwayatkan:
عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ ﷺ كَانَ يَقْرَأُ فِي الظُّهْرِ وَالعَصْرِ بِالسَّمَاءِ ذَاتِ البُرُوجِ، وَالسَّمَاءِ وَالطَّارِقِ، وَشِبْهِهِمَا
Daripada Jabir bin Samurah, sesungguhnya Rasulullah membaca di dalam Solat Zohor dan Asar surah al-Buruj dan surah al-Tariq dan yang seumpamanya.
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi