Golongan Yang Rugi Dalam Bulan Ramadan

Rasulullah mengingatkan kita bahawa terdapat beberapa perkara yang akan menyebabkan seseorang itu menjadi rugi dalam bulan Ramadan ini. Antaranya ialah:
a) Golongan yang tidak mendapat keampunan Allah. Sabda Baginda Nabi:

وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ

“Rugilah buat seseorang yang telah masuk ke dalam bulan Ramadan sehingga berlalulah ia sedangkan dosanya tidak diampunkan.” (HR al-Tirmizi)

(b) Golongan yang tidak bersahur. Ini kerana, Allah dan para malaikat mendoakan orang yang bersahur. Sabda Baginda Nabi:

فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mendoakan buat mereka yang bangun sahur.” (HR Ahmad)

(c) Golongan yang melakukan maksiat. Ini adalah golongan yang paling rugi kerana Allah tidak melihat amal puasanya. Sabda Rasulullah:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan beramal dengannya (pendustaan dan pembohongan), maka Allah tidak memerlukan ke atas perbuatannya yang meninggalkan makan dan juga minum.” (HR al-Bukhari)

Golongan yang tidak berdoa ketika berbuka puasa. Ini kerana, terdapat waktu yang mustajab saat seseorang itu berbuka puasa. Sabda Nabi:
إنَّ للصائم عند فطره لدعوةً ما تُردُّ

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu, terdapat satu waktu ketika dia berbuka di mana sekiranya dia berdoa, maka doanya tidak akan ditolak.” (HR al-Tirmizi)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
20 Mac 2024, Ulang Siar

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

World #QuranHour 2025: Kelantan Ajak Umat Islam Hayati al-Quran

Next Post

Dilema Tadarus Dan Khatam Al-Quran

Related Posts