
SHAH ALAM – Usaha mewujudkan garis panduan yang sedang dirangka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak sekadar menyentuh aspek akidah semata-mata, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Sebaliknya, penekanan mewujudkan garis panduan mengenai pembabitan umat Islam ke majlis atau upacara di rumah ibadat bukan Islam harus meliputi tiga kerangka atau tonggak utama iaitu akidah, syariat dan akhlak yang berhubung atau tidak boleh terputus antara satu sama lain.
Tambahnya, umat Islam diharuskan menghadiri sebarang majlis dianjurkan masyarakat bukan Islam dengan syarat tidak melanggar sempadan akidah, syariat dan akhlak ditetapkan oleh ajaran Islam.
Sumber : Sinar Harian
#islamhidupku