2,076 Individu Terkait GISBH Setuju Sertai Program Pemulihan MAIS

Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata inisiatif dikenali Program Insan Rabbani yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu akan dilaksanakan dalam empat fasa selama dua tahun.

Beliau berkata program itu meliputi fasa pemulihan serta pengukuhan masing-masing berjalan selama enam bulan, diikuti pemantauan menerusi fasa pascapemulihan, pemantauan dan khidmat sokongan.

“Proses pemulihan akan menggunakan Modul Istitabah untuk peringkat umur dewasa dan Modul Pendidikan Islam Insani kepada kanak-kanak dengan pendaftaran boleh dibuat di Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS. Ia akan dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar pusat pemulihan berkenaan.

Sumber : Bernama

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Garis Panduan Dirangka Bukan Menyentuh Aspek Akidah Sahaja -Mufti Kelantan

Next Post

Angka Korban Di Gaza Meningkat Kepada 48,181. Lebih 111,630 Cedera

Related Posts