GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa apabila tiada kenaikan duti eksais rokok diumumkan dalam Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
“Rokok merupakan bahan penyebab penyakit dan kerajaan membelanjakan berjuta-juta bagi merawat penyakit yang disebabkan tabiat merokok tetapi tiada cukai ke atas jualannya, ia menjadi satu kekecewaan besar.
“Sejumlah besar bantuan kewangan diberi kepada rakyat Malaysia dalam bajet tahun hadapan. Namun tiada cukai ke atas rokok yang popular dalam kalangan remaja, pelajar dan belia, menyebabkan lebih ramai orang menjadi ketagih kepada rokok berbahaya ini,” katanya hari ini.
Media sebelum ini melaporkan CAP mendakwa kira-kira lima juta penduduk di Malaysia merokok, manakala 1.5 juta lagi menggunakan vape. Statistik baharu turut menunjukkan seramai 43,019 pelajar sekolah menengah dan 341 murid sekolah rendah didapati merokok.
Selain itu, perokok dianggarkan membelanjakan kira-kira RM700 sebulan untuk membeli rokok yang mengandungi sebanyak 6,000 bahan kimia.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://malaysiagazette.com/2026/10/10/cap-kecewa-tiada-kenaikan-cukai-eksais-rokok-biarpun-penyakit-akibat-merokok-bebankan-negara/