“Berhati-hatilah, Masih Ramai Jadi Mangsa Sindiket Haji” – Mohd Na’im

MEKAH: Hukumnya adalah jelas iaitu haram menipu orang ramai yang ingin menunaikan ibadat haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na’im Mokhtar, mengulas berhubung ejen yang menipu orang ramai berhubung kes visa mujamalah.

“Kita dah habis cuba dah. (Menerusi) khutbah Jumaat, saya dah minta khutbah disediakan untuk mengingatkan masyarakat supaya tidak tertipu.

“Tapi masih ada lagi yang jadi mangsa. Jadi saya minta sangatlah… saya ulangi, berhati-hatilah. Macam saya sebut, kalau tawaran berkaitan dengan visa mujamalah, kita semak dulu sebab saya difahamkan dalam siasatan polis jumlahnya agak besar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan Ibu Pejabat Tabung Haji di sini.

Pada Jumaat, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman mendedahkan kes penipuan visa mujamalah yang bernilai RM71,000.

Sumber: Astro Awani

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Makcik Tak Putus Asa Berdoa, Moga Diberi Penglihatan Semula” – Jemaah Haji

Next Post

Bekas Mufti WP Perkenal Watak Pegawai Syariah Guna AI

Related Posts