
JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar meluluskan 220 pusat sembelihan sementara (PSS) di seluruh negeri bagi melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, semua pihak yang mendapat kebenaran menjalankan penyembelihan perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
“Jabatan berkenaan juga akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ibadah korban di negeri ini,” katanya dalam Facebook miliknya hari ini.
Berdasarkan rekod, terdapat 21 pusat sembelihan berdaftar di Johor.
Sumber: MalaysiaGazette
#islamhidupku