Apakah Sedekah Yang Paling Baik?

Berdasarkan beberapa hadis Nabi, terdapat beberapa panduan yang pernah dinyatakan oleh Baginda Nabi yang akan menjadikan sedekah kita sebaik-baik sedekah iaitu:

(a) Sedekah secara sembunyi, iaitu sedekah yang tidak dipamerkan sehingga tidak diketahui oleh orang lain termasuk orang yang paling dekat dengan kita. Rasulullah memuji sedekah sebegini dan meletakkan mereka dalam kategori tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah. Sabda Rasulullah:

ورَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فأَخْفَاها، حتَّى لا تَعْلَمَ شِمالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينهُ

(Di antara tujuh golongan yang mendapat naungan Allah ialah) Dan seorang lelaki yang bersedekah dan dia merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh tangan kirinya apa yang disumbangkan oleh tangan kanannya.” (HR al-Bukhari)

(b) Sedekah ketika kedekut dan sihat. Sebahagian kita kadang-kadang hanya bersedekah saat dia ditimpa sakit dengan harapan Allah memberikan kesembuhan buatnya. Sedangkan Rasulullah mengingatkan bahawa sebaik-baik sedekah adalah ketika kita sihat dan kedekut. Sabda Rasulullah:

أَنْ تَصَدَّقَ وأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الفَقْرَ، وتَأْمُلُ الغِنَى

(Sebaik-baik sedekah ialah) engkau bersedekah ketika engkau sihat dan kedekut, sedang engkau takut akan kemiskinan dan mengharapkan kekayaan.” (HR al-Bukhari)

(c) Sedekah kepada ahli keluarga yang terdekat. Ramai kita beranggapan sedekah kepada orang miskin lain adalah lebih baik. Sedangkan Nabi menggalakan memberi sumbangan kepada keluarga terdekat yang memerlukan. Sabda Rasulullah:

الصَّدَقَةُ عَلَى المِسْكِينِ صَدَقَةٌ، وَهِيَ عَلَى ذِي الرَّحِمِ ثِنْتَانِ: صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ

Sedekah kepada orang miskin itu akan mendapat pahala sedekah, sedangkan sedekah kepada keluarga terdekat akan mendapat dua perkara iaitu pahala dan hubungan silaturrahim.” (HR al-Tirmiz)

(d) Sedekah Jariah.

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila meninggalnya manusia itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya.” (HR Muslim)

Semoga Allah membimbing kita

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Konsert Semakin Banyak, Gejala Sosial Semakin Meningkat

Next Post

Terengganu Larang Penjualan Vape Bermula 01 Ogos

Related Posts