Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata populasi benua yang besar serta pasaran pengguna yang kian berkembang menjadikannya destinasi yang tidak boleh dilepaskan oleh pemain industri halal.
“Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 menarik penyertaan yang semakin meningkat daripada syarikat Afrika dengan Senegal membawa delegasi terbesar dari benua berkenaan manakala Rwanda dan Comoros merupakan antara negara peserta terbaharu dari benua tersebut.
“Afrika merupakan pasaran yang tidak boleh kita abaikan. Benua dengan jumlah penduduk yang begitu besar secara tidak langsung menawarkan peluang pasaran yang ketara,” katanya kepada pemberita pada sidang media ringkas selepas Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) di sini hari ini.

Reezal Merican turut mencadangkan supaya bahasa-bahasa Afrika diintegrasikan ke dalam aplikasi kecerdasan buatan (AI) MIHAS pada masa hadapan bagi menyokong penglibatan yang lebih besar dari benua berkenaan.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2026/09/1414351/afrika-muncul-sebagai-pasaran-penting-bagi-perdagangan-halal
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2026/09/1414351/afrika-muncul-sebagai-pasaran-penting-bagi-perdagangan-halal