Prabowo arah tindakan keras terhadap syarikat terkait kebakaran hutan

Prabowo arah tindakan keras terhadap syarikat terkait kebakaran hutan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengarahkan polis menyiasat sama ada syarikat yang dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah di Sumatera dan Kalimantan boleh dipertanggungjawabkan secara jenayah, dengan menegaskan bahawa pembatalan lesen semata-mata tidak mencukupi, lapor Xinhua.

Arahan itu dikeluarkan semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu yang membincangkan usaha memadam kebakaran dan langkah mitigasi bagi tempoh satu setengah bulan akan datang, yang dianggap pihak berkuasa sebagai tempoh berisiko tinggi berlaku kebakaran.

Prabowo berkata lesen syarikat yang didapati bertanggungjawab terhadap kebakaran itu perlu dibatalkan dan syarikat berkenaan berdepan siasatan jenayah.

Wilayah Kalimantan dan Sumatera di Indonesia berdepan kebakaran hutan dan tanah yang meluas tahun ini, dengan jerebu menjejaskan penerbangan, memaksa penutupan sekolah dan menyebabkan kualiti udara berada pada tahap berbahaya di beberapa kawasan di negara itu.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://malaysiagazette.com/2026/09/18/prabowo-arah-tindakan-keras-terhadap-syarikat-terkait-kebakaran-hutan/
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Turkiye Tahan Puluhan Aktivis dan Wartawan LGBTQ+ dalam Operasi Besar-besaran

Turkiye Tahan Puluhan Aktivis dan Wartawan LGBTQ+ dalam Operasi Besar-besaran

Next Post
Jerebu: JAKIM anjur solat hajat di 3 masjid utama

Jerebu: JAKIM anjur solat hajat di 3 masjid utama

Related Posts