Malaysia, Qatar Akan Terus Bersama Sokong Isu Palestin

KUALA LUMPUR – Parlimen Malaysia dan Qatar sepakat untuk terus menyokong isu Palestin, menyelaraskan pendirian bersama, serta memperkukuh kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

Dalam kenyataan pada Rabu, Parlimen Malaysia memaklumkan bahawa persepakatan itu dicapai ketika Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammad Abdulrahman Jassim Al Thani, di Doha, Qatar, semalam.

Menurut kenyataan itu, dalam pertemuan tersebut, Awang Bemee turut menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan Qatar dalam rundingan gencatan senjata di Gaza, Palestin, yang dianggap penting bagi memastikan keamanan berterusan di Timur Tengah.

“Yang Dipertua Dewan Negara juga telah menggariskan beberapa langkah untuk memperkukuh hubungan antara Parlimen kedua-dua negara, termasuk menggiatkan kerjasama dalam bidang pertukaran maklumat, amalan terbaik serta penyelarasan pendirian dalam isu-isu sejagat,” menurut kenyataan itu.

Awang Bemee yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Qatar bermula Ahad lepas hingga esok, turut menzahirkan harapan agar hubungan baik Malaysia dan Qatar terus diperkukuhkan melalui kerjasama ASEAN serta Majlis Kerjasama Negara-Negara Arab Teluk (AGCC), khususnya bersempena Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN 2025.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan dan Perdana Menteri Qatar atas kesudian menerima kunjungan delegasi Dewan Negara Malaysia, yang diyakini mampu mengeratkan hubungan Parlimen kedua-dua negara, sekali gus menyumbang kepada hubungan dua hala lebih mantap dan dinamik antara Kuala Lumpur dan Doha. – Bernama

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Persatuan Ulama Kecam Sekerasnya Serangan Israel Di Jenin

Next Post

JAKIM Tubuh Jawatankuasa Khas Sokong PM Bina Semula Gaza

Related Posts