Rakyat Malaysia Diminta Tangguh Lawatan Tidak Penting Ke Venezuela

PUTRAJAYA: Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Venezuela buat sementara waktu, dengan mengambil kira situasi keselamatan yang sedang berkembang di negara itu.

Dalam satu kenyataan media pada Rabu, kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra menegaskan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat perkembangan terkini di Venezuela.

“Tiada perubahan terhadap status rakyat Malaysia di Venezuela sejak kemas kini terakhir kami pada 4 Januari 2026.

“Kedutaan Besar Malaysia di Caracas sentiasa berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia yang berdaftar di sana… Kesemua mereka telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan selamat,” menurut Wisma Putra.

Kementerian Luar menambah bahawa ia akan terus memantau situasi berkenaan dengan teliti dan akan memberikan makluman terkini jika perlu.
— BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Istidraj: Lagi Buat Maksiat, Lagi Mewah

Next Post

Tiga Negeri Masih Dilanda Banjir, 1,569 Mangsa Ditempatkan Di 13 PPS

Related Posts