Kiswah Kaabah: Sutera Ibadah Yang Menyelubungi Rumah Allah

MEKAH: Kaabah, bukan sekadar bangunan hampir empat segi sama, tetapi ia adalah kiblat atau arah umat islam menunaikan solat.

Dan Kiswah pula kain menutupi Kaabah.

Krew Jejak Al-Haramain dan bersama delegasi media Malaysia yang lain, diberi kesempatan untuk melawat kilang memproses Kiswah.

Lokasi yang jarang dibuka kepada orang awam.
Antara yang mencuri tumpuan Kompleks King Abdul-Aziz, kilang membuat Kiswah.

Kiswah yang bernilai 25 juta Riyal akan ditukar setiap tahun pada 9 Zulhijjah.

Tradisi menenun Kiswah bermula sejak tahun 1927 oleh Raja Abdul Aziz Al-Saud dan beberapa kali kilang ini dinaik taraf.

Kini teknologi moden digunakan untuk menghasilkan sutera yang menutupi dinding Kaabah.

Bagaimanapun, jahitan benang emas pada ayat suci Al-Quran kekal secara manual oleh 200 pakar jahit di Arab Saudi,

Lebih 20 organisasi media dari 15 negara dikumpulkan oleh General Authority For Media Regulation atau G-Media, yang juga agensi di bawah Kementerian Media Arab Saudi.

Lawatan selama dua hari ini menumpukan lokasi-lokasi penting yang menjadi mercu tanda Mekah Al-Mukaramah.

Sumber: Astro Awani

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

8 Pengamal Media Tempatan Terpilih Tunaikan Haji Atas Tajaan Arab Saudi

Next Post

“Makcik Tak Putus Asa Berdoa, Moga Diberi Penglihatan Semula” – Jemaah Haji

Related Posts