Menolak Pemimpin Yang Mengambil Rasuah

Bagaimana tergamak seorang Muslim boleh menyokong seseorang yang jelas dilaporkan menerima wang tanpa melalui jalan yang betul. Seorang Muslim seharusnya membenci pemimpin yang mengambil rasuah.

Tindakan membanteras jenayah rasuah ini haruslah diperkasa. Ia adalah kempen yang dianjurkan oleh Islam melalui sabda Baginda Nabi SAW sendiri. al-Imam Ahmad meriwayatkan hadith yang keras berhubung larangan rasuah. Sabda Rasulullah:

    لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

    “Rasulullah melaknat pemberi dan penerima rasuah.” (HR Ahmad)

    Perhatikan hadith ini betul-betul. Perkataan yang digunakan adalah ‘laknat.’ Bererti perbuatan rasuah ini adalah perlakuan yang amat terkutuk sehingga mereka yang melakukannya dilaknat oleh Allah dan Rasul.

    Dengan sebab itu al-Imam al-San’ani dan al-Zahabi meletakkan kumpulan perasuah ini sebagai pelaku dosa besar (murtakib al-kabirah) (Subul al-Salam & al-Kaba’ir). Malah al-Imam al-Qurtubi menegaskan bahawa penerima rasuah ini dikategorikan sebagai orang fasiq. (Jami li Ahkam al-Quran)

    Secara umumnya, seorang yang melakukan dosa besar dan digelar sebagai fasiq ini tidak seharusnya dilantik sebagai pemimpin. Ini kerana, syarat asas bagi seorang pemimpin Muslim adalah bersifat adil dan amanah. Pesalah rasuah tidak memiliki dua sifat ini.

    Malah yang lebih membimbangkan lagi andai hasil rasuah ini disuapkan pula kepada ahli keluarga dan anak-anak yang tidak mengerti apa-apa. Kita sudah tentu tidak mahu untuk memberikan nafkah dan makanan daripada sumber yang tidak diredai oleh Allah.

    Malah kita turut merasa hairan tentang golongan Muslim terpesona dengan untaian kata-kata ahli politik yang kononnya pemimpin kafir lebih baik namun dalam masa yang sama, mereka jugalah yang terlibat dalam amalan keji yang dicegah oleh Allah.

      Semoga Allah membimbing kita.

      Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

      Total
      0
      Shares
      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      Previous Post

      Kesungguhan Para Sahabat Mencintai Rasulullah SAW

      Next Post

      Kos Haji 1447H/2026M Kekal RM33,300 – TH

      Related Posts