Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

KUALA LUMPUR: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci pada ahad, menjadikan jumlah keseluruhan 20 kematian setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata kematian melibatkan jemaah dari Johor iaitu Siti Meriam Shahbudin, 79, yang menghembuskan nafas terakhir di Hotel Mubarak, Makkah pagi tadi akibat serangan jantung.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, menerima segala amal ibadah haji dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.

“Kepada waris serta ahli keluarga, semoga diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini. Al-Fatihah,” katanya, yang turut mengucapkan takziah menerusi hantaran di Facebook hari ini.– BERNAMA

Sumber: Astro Awani

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Waris 15 Pelajar UPSI Terlibat Nahas Bas Diberi Pakej Umrah Percuma

Next Post

24 Individu Termasuk Rakyat Malaysia Dari Iran Selamat Tiba Di KLIA

Related Posts