24 Individu Termasuk Rakyat Malaysia Dari Iran Selamat Tiba Di KLIA

SEPANG – [DIKEMAS KINI] Seramai 24 individu termasuk rakyat Malaysia yang berada di Iran selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad susulan konflik peperangan yang berlaku di negara berkenaan.

Kumpulan berkenaan tiba di KLIA pada jam 11.30 malam dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines melalui penerbangan MH781.

Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar berkata, daripada jumlah tersebut, 17 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia.

“Selain 17 rakyat Malaysia, enam warganegara Iran yang merupakan tanggungan kepada warganegara Malaysia dan seorang warganegara Singapura.

“Kesemua mereka telah melepasi sempadan Iran–Turkmenistan pada semalam (21 Jun)

“Mereka kemudiannya menaiki penerbangan Turkmenistan Airlines T5 647pada hari ini (22 Jun) dan transit di Bangkok, Thailand, sebelum menaiki Malaysia Airlines MH781 untuk pulang ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Balai Ketibaan KLIA pada Ahad.

Sebelum ini, Kementerian Luar telah mengarahkan semua rakyat Malaysia yang berada di Iran untuk meninggalkan negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pihak Wisma Putra telah menguruskan pengangkutan darat untuk semua rakyat Malaysia menuju ke Ashgabat, Turkmenistan.

Menurut Khairi, proses evakuasi berkenaan berjaya dilaksanakan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, melibatkan perjalanan darat sejauh 1,120 kilometer (km) ke pintu sempadan Iran–Turkmenistan.

Sumber: Sinar Harian

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Next Post

Nurly Shahirah Bukti Didikan Ibu Bapa Berjaya Tanam Cinta al-Quran

Related Posts