𝐊esyahidan 𝐒yeikh Ramadan Al-Buti

21 Mac 2013

Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti merupakan seorang ulama besar dari Syria yang dikenali dengan ketokohannya dalam ilmu fiqh, tafsir, dan tasawuf. Seorang imam yang dilantik kerajaan Syria tetapi sering dikritik pergerakan pembangkang Syria.

Beliau syahid pada 21 Mac 2013 dalam satu serangan bom ke atas Masjid Al-Iman di Damsyik ketika sedang mengajar kuliah agama. Insiden tersebut telah mengakibatkan 50 maut. Susulan serangan itu Presiden Syria, Bashar Al-Assad mengulangi ikrarnya untuk terus memerangi pengganas.

Kesyahidan beliau menjadi satu titik hitam dalam sejarah Syria, mencerminkan kekacauan yang melanda negara itu kerana Perang Saudara sejak 2011. Sebagai seorang ulama yang menyeru kepada kesatuan dan menolak keganasan, pemergian beliau meninggalkan kekosongan besar dalam dunia keilmuan Islam.

Walaupun telah syahid, legasi keilmuan dan karya-karya beliau terus menjadi rujukan umat Islam di seluruh dunia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Membaca Al-Quran Siang Dan Malam

Next Post

Nakbah Palestin

Related Posts