Ulama dan Falak: Disebalik Penentuan Tarikh Kemerdekaan Negara

Ulama dan Falak: Disebalik Penentuan Tarikh Kemerdekaan Negara
Golongan ulama dan ahli agama tidak terkecuali daripada menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan. Antara tokoh tersohor ialah Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim yang juga datuk kepada Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Anak kelahiran Makkah itu, mempunyai kemahiran dan penguasaan tinggi ilmu falak dengan gelaran Fahim berasal daripada kalimah Arab bermaksud seseorang berpengetahuan dan luas ilmunya.
Penguasaan ilmu falak sangat penting dalam Islam kerana ia menentukan arah kiblat, waktu solat dan keadaan anak bulan. Justeru, Sheikh Abdullah mengaplikasikan pengetahuan ilmu falak untuk menentukan tarikh kemerdekaan negara.

๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜
Malah, sebelum Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra mengetuai rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, beliau meminta nasihat daripada Sheikh Abdullah.
Kisah itu diceritakan Naib Pengerusi Hadhari Global Network, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Yusof Othman mengenai pesanan Sheikh Abdullah bahawa tarikh kemerdekaan mesti diperoleh pada 31 Ogos 1957.
“๐˜›๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ช ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ช๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ต (๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ข๐˜ถ) ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ๐˜บ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ˆ๐˜ฉ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฅ ๐˜‰๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ธ๐˜ช, ๐˜š๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฉ ๐˜ˆ๐˜ฃ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ต๐˜ถ๐˜จ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข 24 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 1511 ๐˜”๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ช, ๐˜ช๐˜ข๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ˆ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฅ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ 29 ๐˜‘๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ญ 917 ๐˜๐˜ช๐˜ซ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜›๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ถ.”

“๐˜›๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ ๐˜—๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ต๐˜ถ๐˜จ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜’๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช๐˜ด, 24 ๐˜‘๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ช 1511 ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ 28 ๐˜™๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ 917 ๐˜๐˜ช๐˜ซ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ (๐˜). ๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข 24 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 1151 ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ข 31 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 1957 ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต 162,896 ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช.”

“๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ 29 ๐˜‘๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ญ 917๐˜, ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ 445 ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ฏ, 363 ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช, ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฎ 24 ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต, 01.48 ๐˜ด๐˜ข๐˜ข๐˜ต. ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฉ ๐˜ˆ๐˜ฃ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜‘๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ข๐˜ต 22 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 1511, ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ 446 ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ซ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ด ๐˜›๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ถ,” katanya.

Mohd Yusof yang juga Profesor Emeritus di Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata demikian pada Syarahan, Forum dan Pelancaran Buku Sheikh Abdullah Fahim Warisan Keilmuan, Astronomi dan Politik anjuran Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Badawi di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sheikh Abdullah turut menasihati Tunku supaya berangkat menaiki kapal laut agar mempunyai masa mencukupi untuk berbincang sesama mereka dan pulang dengan kapal terbang supaya tiada siapa sempat mengubah fikiran terhadap keputusan dipersetujui.

Mufti Pulau Pinang pertama itu turut menyebut tarikh 31 Ogos 1957 dalam bahasa Arab ‘am khir atana’ yang bermaksud ‘tahun baik datang kepada kita.’ Sheikh Abdullah berpesan jika tarikh kemerdekaan Tanah Melayu bukan 31 Ogos 1957, hari kemerdekaan seterusnya adalah pada 31 Ogos 1962.

๐—˜๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ท ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐˜‚๐—ณ๐˜‚๐—ธ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜
Apa menarik perhatian, pada malam kemerdekaan didapati empat buruj, iaitu Scorpio, Virgo, The Sail (berbentuk kapal layar) sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari.

Kelihatan juga dua planet sangat terang pada ketika itu, iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj The Sail dengan bulan pula tepat berada dalam Buruj Libra.

Lebih menarik, apabila simulasi kedudukan malam berlainan bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 dibandingkan pengkaji mendapati cakerawala berkedudukan sama terutama bintang Kejora yang terang di ufuk barat.

๐—”๐—ฝ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—œ๐—น๐—บ๐˜‚ ๐—™๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ธ
Dalam hal ini, dikhabarkan, seorang guru Madrasah Daeratul Ma’arif al Wataniah (kini Sekolah Menengah Agama (SMA) Daeratul Maarifil Wataniah) diasaskan Sheikh Abdullah di Kepala Batas pernah bercerita mengenai alat dipanggil astrolabe kepunyaan beliau ada disimpan di bilik pengetua sekolah itu.

Justeru, antara warisan falak tinggalan beliau ialah jadual takwim waktu solat bertulisan tangan, penentuan arah kiblat serta waktu solat menggunakan jam zawal, perigi pencerapan bintang dan kaedah pengecaman buruj.

๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป
Keputusan untuk mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 bukan semata-mata keputusan politik atau kebetulan semata-mata. Ia adalah hasil daripada gabungan kepakaran ilmu falak (astronomi) dan kebijaksanaan seorang ulama (Syeikh Abdullah Fahim), yang kemudiannya dipersetujui oleh pihak British. Peristiwa ini membuktikan bahawa ilmu agama dan falak mempunyai peranan yang signifikan dalam membentuk sejarah dan identiti negara Malaysia

๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ:
Siti Aminah Mohd Yusof
bhagama@bh.com.my
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Suami dan Isteri Orang ditangkap Khalwat

Suami dan Isteri Orang ditangkap Khalwat

Next Post
Malaysia, Indonesia berpotensi cetus kebangkitan baharu peradaban Islam

Malaysia, Indonesia berpotensi cetus kebangkitan baharu peradaban Islam

Related Posts

Bongkar Sejarah 1

Structured gripped tape invisible moulded cups for sauppor firm hold strong powermesh front liner sport detail. Warmth comfort…
Read More