
ADAKAH politik identiti berasaskan kaum dan agama semakin menebal di Malaysia. Ia antara persoalan yang tiba-tiba meletus dan meluas dalam kehidupan rakyat. Ada yang mengaitkan perkembangan ini disebabkan kewujudan media sosial dan kecerdasan buatan (AI) yang dilihat menjadi pentas mengapi-apikan sentimen perkauman dan keagamaan di negara ini.
Keadaan ini turut didorong algoritma mengukuhkan gejala ‘ruang gema maklumat’, apabila pengguna cenderung menerima kandungan selari dengan pandangan mereka sendiri. Walaupun Malaysia sudah menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-69 pada 31 Ogos lalu, kecurigaan berpunca daripada politik identiti semakin serius sehingga boleh menjejaskan hubungan antara orang Islam dan bukan Islam.
Perbezaan agama, budaya, kepentingan dan pengalaman hidup dalam masyarakat sememangnya boleh mencetuskan pertembungan kepentingan serta perselisihan faham. Jika tidak diurus dengan baik, keadaan ini boleh melahirkan kecurigaan. Walaupun perbezaan adalah lumrah dalam kehidupan bermasyarakat, cara mengurus kecurigaan akan menentukan hala tuju pembinaan negara.
๐ฃ๐ฒ๐ฑ๐ผ๐บ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ต
Sempena bulan Maulidur Rasul, sirah Rasulullah SAW wajar dibaca dan direnungi semula kerana mengandungi banyak pedoman dalam menangani kecurigaan serta perbezaan dalam masyarakat.
Sempena bulan Maulidur Rasul, sirah Rasulullah SAW wajar dibaca dan direnungi semula kerana mengandungi banyak pedoman dalam menangani kecurigaan serta perbezaan dalam masyarakat.
Al-Quran menjadi saksi terhadap kewibawaan peribadi Rasulullah SAW sebagai ‘uswatun hasanah’ atau contoh teladan terbaik. Banyak boleh dipelajari daripada keperibadian Baginda, khususnya dalam mengurus kehidupan masyarakat majmuk.
Selain sebagai rasul, Nabi Muhammad SAW hidup, berinteraksi dan mengurus masyarakat mempunyai pelbagai latar agama dan budaya. Keadaan ini lebih jelas selepas Baginda berhijrah ke Madinah dan diangkat sebagai pemimpin negara Islam Madinah.
Berbeza dengan Makkah, masyarakat Madinah terdiri daripada golongan Ansar daripada kabilah Aus dan Khazraj sebagai penduduk asal, kaum Muhajirin berhijrah dari Makkah, kelompok Yahudi serta masyarakat Arab bukan Islam yang lain. Pada masa sama, wujud golongan munafik dalam lingkungan masyarakat Islam. Tidak hairan berlaku kecurigaan sesama mereka akibat perbezaan agama dan budaya, persaingan kepentingan serta cabaran membina sebuah negara baharu.
Pertikaman lidah antara orang Islam dengan bukan Islam juga berlaku dalam masyarakat Madinah. Namun, Rasulullah SAW tidak melayan setiap provokasi. Sebaliknya, Baginda mengajarkan adab, kesabaran dan kawalan emosi, termasuk ketika dicela oleh orang Yahudi, musyrik dan golongan munafik.
๐๐ฒ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฅ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐
Dalam soal jenayah pula, Rasulullah SAW menjunjung keadilan tanpa dipengaruhi sentimen kaum atau agama. Dalam satu peristiwa, seorang munafik mencuri harta orang Islam sebelum menuduh kaum Yahudi melakukannya. Rasulullah SAW tidak terus menerima tuduhan itu, sebaliknya menjalankan siasatan dan meneliti bukti terlebih dahulu.
Dalam soal jenayah pula, Rasulullah SAW menjunjung keadilan tanpa dipengaruhi sentimen kaum atau agama. Dalam satu peristiwa, seorang munafik mencuri harta orang Islam sebelum menuduh kaum Yahudi melakukannya. Rasulullah SAW tidak terus menerima tuduhan itu, sebaliknya menjalankan siasatan dan meneliti bukti terlebih dahulu.
Selepas kebenaran tersingkap, barulah Baginda mengambil tindakan sewajarnya. Baginda juga menghalang sahabat daripada bertindak sendiri. Peristiwa ini menunjukkan kecurigaan tidak boleh mengatasi prinsip keadilan.
Dalam konteks kenegaraan, Rasulullah SAW turut menjamin dan menghormati hak warga bukan Islam serta bermuamalah dengan baik bersama mereka. Baginda tidak memerangi golongan bukan Islam hanya kerana terdapat sebahagian daripada mereka bermasalah.
Begitu juga, tindakan terhadap kelompok bukan Islam tidak dibuat hanya berdasarkan agama mereka. Sebaliknya, tindakan diambil apabila berlaku pelanggaran terhadap perjanjian dan keselamatan negara, seperti berlaku terhadap Bani Qurayzah, Bani Nadir dan Bani Qaynuqa’. Pada masa sama, orang Yahudi tidak melakukan kesalahan dan mematuhi Piagam Madinah tidak dihukum serta bebas menjalani kehidupan di Madinah.
๐๐ฒ๐๐ฒ๐ฝ๐ถ ๐๐ฒ๐ป๐๐ถ๐บ๐ฒ๐ป ๐ธ๐ฒ๐น๐ผ๐บ๐ฝ๐ผ๐ธ
Kecurigaan juga berlaku sesama orang Islam, khususnya antara Muhajirin dan Ansar. Rasulullah SAW pernah meredakan konflik antara kedua-dua kelompok itu yang dicetuskan provokasi ketua munafik, Abdullah bin Ubay.
Kecurigaan juga berlaku sesama orang Islam, khususnya antara Muhajirin dan Ansar. Rasulullah SAW pernah meredakan konflik antara kedua-dua kelompok itu yang dicetuskan provokasi ketua munafik, Abdullah bin Ubay.
Baginda juga mendamaikan hati golongan Ansar apabila sebahagian mereka merasakan Muhajirin menerima habuan rampasan perang yang lebih besar selepas kemenangan dalam Perang Hunayn. Dalam semua keadaan itu, Baginda mengetepikan sentimen kelompok, menegakkan keadilan serta menekankan kepentingan persaudaraan dan kesatuan.
Seperti masyarakat di Madinah, Malaysia juga mempunyai masyarakat majmuk dengan latar agama, kaum dan budaya pelbagai. Dalam konteks negara ini, Perlembagaan Persekutuan menjadi kerangka kenegaraan mengikat setiap warganegara dari segi hak, kebebasan, keselamatan dan keadilan.
Islam pula mempunyai kedudukan tersendiri dalam Perlembagaan Persekutuan, antaranya melalui Perkara 3(1), selain peruntukan berkaitan seperti Perkara 8, 11, 12 dan 121. Dalam kerangka ini, kecurigaan tidak sewajarnya menjadi alasan untuk seseorang dilabel sebagai musuh Islam atau negara.
Lebih-lebih lagi, label seperti ‘kafir harbi’ atau ‘munafik’ tidak sepatutnya digunakan terhadap seteru politik secara sewenang-wenangnya sedangkan mereka warganegara terikat dengan Perlembagaan dan menjunjung prinsip Rukun Negara. Ubat kepada kecurigaan ialah ta’aruf, iaitu saling mengenali, ta’amul iaitu saling berinteraksi dan takamul, iaitu saling melengkapi.
Prinsip ini juga selari dengan gagasan Malaysia MADANI, yang menekankan kepentingan hidup bersama, peningkatan kualiti hidup berasaskan ilmu dan nilai kemanusiaan serta penghormatan terhadap kemajmukan masyarakat.
Oleh itu, pertikaman lidah perlu diurus dengan adab dan etika. Jika berlaku tindakan membahayakan, ia perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa dan diselesaikan melalui proses undang-undang.
๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐๐ถ ๐จ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด-๐๐ป๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด
Masyarakat tidak seharusnya mengambil tindakan sendiri sehingga melangkaui undang-undang hanya kerana dipengaruhi kecurigaan atau sentimen kelompok. Apabila kecurigaan dapat diurus dengan baik, ruang untuk melaksanakan dasar pembangunan yang memberi manfaat kepada semua rakyat akan menjadi lebih luas.
Masyarakat tidak seharusnya mengambil tindakan sendiri sehingga melangkaui undang-undang hanya kerana dipengaruhi kecurigaan atau sentimen kelompok. Apabila kecurigaan dapat diurus dengan baik, ruang untuk melaksanakan dasar pembangunan yang memberi manfaat kepada semua rakyat akan menjadi lebih luas.
Pada masa sama, kepelbagaian identiti tidak lagi dilihat sebagai ancaman, sebaliknya menjadi kekuatan membentuk budaya Malaysia yang unik.
Pedoman Rasulullah SAW mengenai cara mengurus perbezaan dan kecurigaan sudah begitu jelas. Apa yang diperlukan sekarang ialah kesediaan untuk menghayati dan melaksanakannya sesuai dengan konteks Malaysia sebagai sebuah negara majmuk. Dalam masyarakat pelbagai, kita tidak perlu menghapuskan perbezaan untuk hidup bersama. Sebaliknya, perlu belajar mengurus perbezaan dengan ilmu, adab, keadilan dan rasa saling menghormati.
๐ฆ๐๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ:
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2026/08/1604759/urus-kecurigaan-rakyat-pelbagai-kaum-dengan-adab-etika-islam
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2026/08/1604759/urus-kecurigaan-rakyat-pelbagai-kaum-dengan-adab-etika-islam