Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidiladha Pada 7 Jun

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Sabtu, 7 Jun 2025, bersamaan 10 Zulhijah 1446 Hijrah.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman, pada Selasa.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya, bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, dengan ini mengisytiharkan bahawa 10 Zulhijah 1446 Hijrah ialah pada hari Sabtu, 7 Jun 2025.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 7 Jun 2025 Masihi. Sekian,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.

Pengisytiharan itu dibuat selepas sesi pencerapan anak bulan Zulhijah dijalankan di 29 lokasi seluruh negara pada petang Selasa, 27 Mei 2025.

Sumber: Sinar Harian

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pelantikan Mufti Baharu Kukuhkan Peranan Jabatan Mufti WP – Mohd Na’im

Next Post

Indonesia Sambut Aidiladha 6 Jun, Sehari Lebih Awal Dari Malaysia, Singapura

Related Posts