Kesyahidan Izzuddin Al-Qassam

20 NOVEMBER 1935

Izzuddin Al-Qassam adalah seorang tokoh Arab dalam Mandat British Palestin. Beliau juga merupakan pemimpin penentangan terhadap organisasi-organisasi Zionis, British dan Perancis di Levant pada 1920-an dan 1930-an.

Pada 8 November 1935, mayat seorang konstabel British, Moshe Rosenfeld ditemui berdekatan Ain Harod. Al-Qassam dan para pengikutnya dipercayai telah bertanggungjawab dan pasukan pencari telah dikerahkan untuk menangkap mereka. Mereka meninggalkan Haifa dan pergi ke perbukitan antara Jenin dan Nablus.

Pasukan pemburu British akhirnya mengepung Al-Qassam di sebuah gua berdekatan Ya’bad di kampung Syeikh Zaid. Dalam tembak menembak yang berlarutan itu, Al-Qassam dan tiga pengikutnya telah gugur syahid manakala lima lagi ditangkap. Kematiannya ketika berlawan dengan musuh menyebabkan Al-Qassam menjadi legenda terhadap sebahagian besar penduduk Palestin pada masa itu.

Briged Izzuddin Al-Qassam ialah sayap bersenjata kepada pertubuhan sosial-politik Palestin, Hamas. Ditubuhkan pada 1992, di bawah penyeliaan Yahya Ayyash, yang dinamakan sempena tokoh Palestin yang hebat ini.

Sumber: Indahnya Islam

#bongkarsejarah #islamhidupku

Bersama kami di telegram channel, kita suburkan Islam dalam kehidupan seharian.

t.me/islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hentikan Iklan Berunsur Lucah

Next Post

Mengajak Orang lain Ke arah Kebaikan

Related Posts

Bongkar Sejarah 3

Structured gripped tape invisible moulded cups for sauppor firm hold strong powermesh front liner sport detail. Warmth comfort…
Read More