Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Serangan Israel Di Qatar

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Doha mengesahkan tiada rakyat Malaysia terkesan dalam serangan Israel ke atas pejabat pemimpin Hamas di kawasan Legtaifiya, Doha.

Bagaimanapun, ia menegaskan semua rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan untuk terus berjaga-jaga dan menjauhi kawasan kejadian.

“Kementerian Luar Negeri Qatar mengesahkan kejadian letupan yang berlaku adalah serangan rejim Israel ke atas pejabat pemimpin Hamas di kawasan Legtaifiya, Doha.

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui sumber sahih yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Qatar.

“Kerajaan Qatar juga memberi jaminan bahawa keadaan kini adalah terkawal sepenuhnya dan ruang udara Qatar tidak akan ditutup,” maklum Kedutaan Malaysia di Doha dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, bagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, mereka boleh menghubungi kedutaan melalui e-mel mwdoha@kin.gov.my atau talian +974 4483 6463 (waktu pejabat) dan +974 3374 6733 (selepas waktu pejabat).

Media melaporkan, Israel melancarkan serangan terhadap kepimpinan Hamas di Qatar semalam, sekali gus memperluas tindakan ketenteraan rejim itu di seluruh Asia Barat hingga ke negara Teluk yang lama menjadi pangkalan politik kumpulan berkenaan.

Seorang pegawai Israel mengesahkan kepada Reuters bahawa serangan itu menyasarkan pemimpin Hamas di Qatar.

Menurut stesen televisyen Al Jazeera, yang memetik sumber Hamas, serangan terbabit turut mengenai perunding gencatan senjata Gaza.

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Inkues Zara Qairina: Tiada Kesan Lebam, Dera Pada Tubuh – Doktor

Next Post

“Saya Kini Faham Erti Lapar Yang Ditanggung Di Palestin”- PU Rahmat

Related Posts