Semua Kapal Misi Flotilla Sumud Global Sudah Lepasi Zon Kuning

KUALA LUMPUR: Semua kapal yang menyertai misi Global Sumud Flotila (FSG) ke Gaza telah melepasi zon kuning.

Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat berkata, kapal tentera laut Turkiye juga masih mengiringi mereka.

“Alhamdulillah sudah separuh malam dan semuanya masih indah dan tenang.

“Semua kapal berjaya melepasi zon kuning dan kapal tentera laut Turkiye masih bersama kami,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, seorang lagi peserta dari Malaysia yang menyertai GSF, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman pula menjangkakan mereka akan masuk ke zon merah pada Khamis ini.

“Jangkaan akan masuk ke zon merah dan seterusnya Gaza adalah pada hari Khamis ini. Doakan!,” katanya.

Sementara itu FSG menerusi kemas kini di Instagram mereka pula memaklumkan, kapal Jeannot III dan Estrella yang menyertai pelayaran kini hanya 270 batu nautika dari Gaza, dengan anggaran ketibaan tiga hari.

Katanya, dalam satu setengah hari lagi, mereka akan memasuki zon berisiko tinggi, yang mana flotila sebelum ini telah dipintas.

“Di sinilah kewaspadaan dan solidariti global amat diperlukan,” katanya.

FSG turut memaklumkan semua peserta dalam kapal Johnny M yang menyertai pelayaran telah dipindahkan dengan selamat.

Katanya, ia selepas kapal itu mengalami kebocoran di ruang enjin, namun perkara itu juga tidak akan menyebabkan kelewatan terhadap misi mereka.

“Setiap saksi amat penting. Tolong teruskan pemerhatian anda terhadap mereka. Keselamatan mereka bergantung kepada pemerhatian dunia,” katanya.

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Global Sumud Flotilla Dijangka Tiba Di Gaza Dalam Dua Hari Lagi

Next Post

Meninggalkan Solat Kerana Sibuk. Apa Hukumnya?

Related Posts