Nisfu Sya’ban : Bertaubat kepada Allah dan memohon ampunan-Nya

Syaaban merupakan antara bulan yang istimewa dalam Islam. Ini kerana terdapat satu malam dalam bulan Syaaban ini yang memiliki kelebihan tersendiri dan digelar sebagai Nisfu Syaaban.

Terdapat hadis sahih yang jelas menunjukkan antara kelebihan malam Nisfu Syaaban iaitu peluang pengampunan dosa daripada Allah.

Daripada Abu Musa al-Asya’ri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT menilik (hamba-hambaNya) pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampunkan seluruh hamba-hambaNya melainkan orang melakukan syirik dan orang munafik.” (HR Ibnu Majah).

Maka, rebutlah peluang keemasan ini untuk melaksanakan Solat Taubat di malam hari, memperbanyak istighfar dan bersungguh-sungguh berdoa agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita.

Ustazah Nur Fatin Halil
Timbalan Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS)
07 Mac 2023, Ulang Siar

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pecahkan Portfolio Menteri Agama Cadangan Mengarut – Pemuda Pas

Next Post

tolak Cadangan Wujudkan Menteri Hal Ehwal Bukan Islam – pemuda amanah

Related Posts