Masjidil Haram Aktifkan Sistem Penyejukan Terbesar Dunia Demi Keselesaan Jemaah Haji

MAKKAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengaktifkan sistem penyejukan terbesar di dunia dengan kapasiti keseluruhan 155,000 tan penyejukan.

Sistem berkenaan bertujuan memberi keselesaan dan menenangkan jutaan jemaah yang tiba dari seluruh dunia, sebagai sebahagian daripada persiapan intensif menjelang musim Haji 1446 Hijrah.

Masjidil Haram disokong dua stesen penyejukan utama iaitu Stesen Shamiya dengan kapasiti 120,000 tan dan Stesen Ajyad dengan 35,000 tan, yang meliputi kawasan perluasan dan ruang besar di dalam Masjidil Haram.

Sistem itu mengekalkan suhu sederhana antara 22 hingga 24 darjah Celsius, menggunakan teknologi penulenan udara canggih bagi memastikan kualiti udara ideal untuk jemaah.

Pihak berkuasa turut menjalankan penyelenggaraan proaktif dan berterusan bagi memenuhi keperluan operasi tinggi sepanjang musim haji.

Usaha ini sebahagian daripada visi menyeluruh yang bertujuan meningkatkan pengalaman jemaah serta menyediakan tahap keselesaan dan ketenangan tertinggi ketika menunaikan ibadah, khususnya dalam menghadapi cuaca yang berpotensi menjadi ekstrem pada waktu tertentu musim haji.

Sumber: Buletin Tv3

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jemaah Haji Dilarang Berjalan Kaki Dari Mekah Ke Arafah Elak Strok Haba

Next Post

Jemaah Haji Malaysia Selamat Jalani Prosedur Rawatan Jantung

Related Posts