Islam adalah agama yang diasaskan atas prinsip rahmah (kasih sayang). Rahmah dalam Islam bukan hanya terbatas kepada hubungan sesama manusia, bahkan meliputi binatang, alam sekitar dan seluruh makhluk ciptaan Allah SWT.
Prinsip ini jelas melalui al-Quran dan hadis yang menekankan ihsan dan keadilan kepada semua makhluk hidup tanpa pengecualian. Oleh kerana tu, pengutusan Rasulullah SAW sendiri adalah satu bentuk rahmah seperti yang dapat difahami daripada firman Allah SWT:

ููู
ูุง ุฃูุฑูุณูููููุงูู ุฅููููุง ุฑูุญูู
ูุฉู ูููููุนูุงููู
ูููู
Maksudnya: โDan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alamโ.
[Surah al-Anbiyaโ, 107]
๐๐ผ๐ป๐๐ฒ๐ธ๐ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
Dalam konteks Malaysia, isu anjing liar sering menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat Islam, khususnya apabila ia dikaitkan dengan hukum kenajisan. Walaupun anjing diklasifikasikan sebagai najis mughallazah menurut mazhab Syafiโi, hakikat ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan, menyeksa atau membunuh anjing sewenang-wenangnya. Islam membezakan dengan jelas antara hukum fiqah berkaitan kenajisan dan tuntutan rahmah terhadap makhluk ciptaan Allah SWT.

Najis merupakan persoalan hukum yang berkait dengan ibadah dan kesucian, manakala kebajikan haiwan pula berkait rapat dengan nilai rahmah, ihsan dan tanggungjawab moral seorang Muslim. Kedua-dua aspek ini perlu difahami dan diamalkan secara seimbang. Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk membenci atau menzalimi binatang, termasuk anjing, hanya kerana status najisnya.
Sebaliknya, kezaliman terhadap makhluk hidup ditegah keras dalam syariat, dan setiap tindakan yang bersifat ihsan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Hal ini selari dengan firman Allah SWT:
ุฅูููู ุงูููููู ููุฃูู
ูุฑู ุจูุงููุนูุฏููู ููุงููุฅูุญูุณูุงูู
Maksudnya: โSesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikanโ
[Surah al-Nahl, 90]
๐๐ฑ๐ถ๐น ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ต๐๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฎ๐ถ๐๐ฎ๐ป
Perintah berlaku adil dan berbuat ihsan ini bersifat umum, merangkumi hubungan sesama manusia serta interaksi terhadap haiwan dan seluruh makhluk ciptaan Allah SWT.
Perintah berlaku adil dan berbuat ihsan ini bersifat umum, merangkumi hubungan sesama manusia serta interaksi terhadap haiwan dan seluruh makhluk ciptaan Allah SWT.
Justeru, pendekatan berperikemanusiaan dalam menangani isu haiwan, termasuk anjing liar, adalah selaras dengan tuntutan syarak dan objektif pensyariatan (maqasid al-shariah) yang antaranya bertujuan menjaga nyawa (hifz al-nafs), membentuk akhlak mulia (hifz al-din), serta merealisasikan kemaslahatan kepada seluruh makhluk (maslahah al-khalq).
Oleh itu, Islam menekankan pendekatan yang berperikemanusiaan dan beretika dalam menangani isu haiwan, termasuk anjing liar. Umat Islam dituntut untuk tidak menyakiti binatang, menjaga kebajikan haiwan yang terbiar, serta menyokong usaha pengurusan haiwan secara berhemah dan berakhlak.
Setiap perbuatan baik terhadap haiwan, termasuk memberi minum atau menjaga kebajikan mereka, memiliki ganjarannya di sisi Allah SWT, bahkan boleh menjadi asbab kepada keampunan seperti yang diceritakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
ุจููููู
ุง ููููุจู ููุทูููู ุจุฑููููููุฉูุ ูุงุฏู ููููุชููููู ุงูุนูุทูุดูุ ุฅุฐู ุฑูุฃูุชููู ุจูุบูููู ู
ูู ุจูุบุงูุง ุจูููู ุฅุณูุฑุงุฆููููุ ููููุฒูุนูุชู ู
ูููููุง ููุณูููุชููู ููุบูููุฑู ููุง ุจููู
Maksudnya: โKetika seekor anjing mengelilingi sebuah perigi, hampir-hampir ia mati kerana kehausan. Lalu anjing itu dilihat oleh seorang pelacur daripada kalangan Bani Israel. Maka wanita itu menanggalkan kasutnya, lalu memberi minum kepada anjing tersebut. Dengan sebab perbuatan itu, Allah mengampunkan dosanyaโ
[Riwayat al-Bukhari]
๐ง๐ฒ๐น๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ถ๐น๐ฎ๐บ
Dalam sejarah tamadun Islam, wakaf kebajikan merupakan antara institusi wakaf yang memperuntukkan dana untuk pembinaan infrastruktur dan kebajikan umum, yang dimanfaatkan oleh semua termasuklah kepada haiwan.

Catatan sejarah menunjukkan bahawa umat Islam terdahulu telah mewakafkan harta bukan sahaja untuk masjid, sekolah dan hospital, bahkan untuk kebajikan haiwan, termasuk penyediaan tempat rawatan dan perlindungan bagi anjing-anjing liar yang sakit dan terbiar.
Contohnya di Damsyik, terdapat wakaf khusus untuk memelihara dan merawat anjing-anjing jalanan yang dikenali oleh masyarakat setempat sebagai โMahkamah Anjing (Mahkamah al-Kilab)โ, yang membuktikan bahawa pemeliharaan anjing liar pernah diurus secara berinstitusi, berperikemanusiaan dalam sejarah pemerintahan dan masyarakat Islam.
๐๐ฒ๐๐ถ๐บ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐ป
Sebagai masyarakat Islam, kita digalakkan untuk mengambil pengajaran daripada prinsip ini. Setiap individu dan pihak berkuasa digesa untuk:
Sebagai masyarakat Islam, kita digalakkan untuk mengambil pengajaran daripada prinsip ini. Setiap individu dan pihak berkuasa digesa untuk:
- Tidak menyakiti binatang dalam apa jua keadaan, selari dengan larangan syarak terhadap setiap perbuatan kezaliman terhadap makhluk.
- Memberi perhatian dan bantuan kepada haiwan yang terbiar, termasuk penyediaan makanan, air bersih, dan tempat perlindungan.
- Menyokong dan menubuhkan inisiatif seperti tempat perlindungan atau wakaf kebajikan untuk haiwan, sebagai salah satu bentuk amal jariah yang memberi manfaat kepada semua makhluk.
Justeru, umat Islam digalakkan untuk mengamalkan sifat rahmah dan ihsan dalam setiap aspek kehidupan, termasuk terhadap haiwan seperti anjing liar. Kita dituntut untuk tidak menyakiti binatang, menjaga kebajikan mereka yang terbiar, dan menyokong usaha pengurusan haiwan secara berhemah dan berakhlak.
Sejarah tamadun Islam juga turut menunjukkan bahawa wakaf kebajikan boleh dijadikan mekanisme untuk menyediakan tempat pemeliharaan dan penjagaan haiwan, walaupun termasuk haiwan yang tergolong dalam kategori najis. Semoga kita semua ditanamkan rasa tanggungjawab terhadap seluruh makhluk ciptaan Allah SWT, dan menzahirkan Islam sebagai agama rahmah yang menyantuni seluruh alam.
WaLlฤhu Aโlam
๐ฆ๐๐๐๐๐จ๐ฆ ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ ๐จ๐ฆ๐ง๐๐ญ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐จ๐ช๐๐ญ ๐๐๐ก ๐๐๐๐ญ๐๐
Mufti Wilayah Persekutuan
Mufti Wilayah Persekutuan
๐๐ฎ๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐น๐ฎ๐ป๐ท๐๐:
TINTA MUFTI BIL. 68/2026.
TINTA MUFTI BIL. 68/2026.