Malaysia Kecam Serangan Dron Israel Misi Flotilla Ke Gaza – Fahmi

PUTRAJAYA – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dron yang didalangi regim Israel terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan Tunisia pada lewat malam Isnin dan malam Selasa.

Jurucakap Kerajaan yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan serangan itu sebagai tindakan bacul, tidak berperikemanusiaan, melanggar undang-undang antarabangsa serta tidak menghormati nilai-nilai sejagat.

“Saya amat terkesan dengan dua insiden serangan dron yang telah dilakukan ke atas bot Familia Medera dan Alma yang dinaiki aktivis kemanusiaan dan misi aman kurang 24 jam.

“Ia juga percubaan untuk menghalang, menakut-nakut dan melemahkan misi aman bertujuan memecah kepungan Gaza dan menyampaikan mesej solidariti dari dunia buat rakyat Palestin,” katanya pada sidang media mingguan, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kapal utama misi kemanusiaan GSF atau dikenali sebagai Family Boat dilaporkan diserang dron di perairan Tunisia, sehingga menyebabkan kebakaran ketika dalam pelayaran menuju Gaza.

Flotila berkenaan tiba di Tunisia hujung minggu lalu dan berlabuh berhampiran Sidi Bou Said, utara Tunis, ketika insiden pertama dilaporkan.

Menurut Fahmi, beliau dimaklumkan Chief de Mission Malaysia (GSF) Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery, dalam serangan tersebut, tiada kemalangan jiwa melibatkan rakyat Malaysia.

“Beliau telah memaklumkan setakat ini tiada delegasi Malaysia yang terlibat dalam serangan tersebut dan semua aktivis Malaysia selamat di Tunisia,” katanya.

Selain itu, beliau turut dimaklumkan MAPIM Malaysia dan Cinta Gaza Malaysia (CGM) akan mengaktifkan Pusat Penyelarasan Media Misi Flotilla Malaysia di MAPIM Central Warehouse, Sepang.

“Insya-Allah Kementerian Komunikasi, kami akan sediakan bantuan sewajarnya, terutama berkaitan dengan pusat penyelarasan media yang dikelolakan oleh pihak MAPIM sekiranya diperlukan,” katanya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Saya Kini Faham Erti Lapar Yang Ditanggung Di Palestin”- PU Rahmat

Next Post

Global Sumud Flotilla: Kapal Fair Lady Berlepas Ke Gaza Hari Ini

Related Posts