Malaysia Desak PBB Ambil Tindakan Segera Tamatkan Kekebalan Israel

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera untuk melindungi orang awam serta menamatkan kekebalan Israel daripada tindakan undang-undang.

Kementerian Luar dalam kenyataan turut mendesak pihak antarabangsa memastikan rejim Zionis dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas pelanggaran berterusan terhadap undang-undang antarabangsa.

“Serangan ini telah meragut lebih 300 nyawa di wilayah Palestin. Gelombang serangan terbaharu rejim Zionis turut menyasarkan Syria, Lubnan, dan Yaman, mengakibatkan lebih banyak kematian serta kecederaan, termasuk kanak-kanak dan petugas kemanusiaan.

“Tindakan agresif Israel ini membuktikan bahawa rejim tersebut tidak mempunyai sebarang hasrat untuk berdamai. Sebaliknya, mereka terus mencabuli undang-undang antarabangsa, resolusi PBB, serta usaha damai yang sedang dijalankan,” menurut kenyataan Wisma Putra.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa pembunuhan berterusan terhadap orang awam, termasuk kanak-kanak, wanita, dan petugas kemanusiaan, merupakan jenayah perang serta sebahagian daripada pembersihan etnik.

“Serangan Israel ke atas negara-negara berdaulat juga menjadi ancaman serius terhadap keamanan dan kestabilan global,” katanya.- Buletin Tv3

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Qatar Gesa Tindakan Antarabangsa Tekan Israel Patuh Gencatan Senjata

Next Post

Masjid, Surau Seliaan JAKIM, JAWI Disaran Buat Solat Hajat Buat Palestin

Related Posts