Lebih 20 NGO Berhimpun Sempena Hari Nakbah, Tolak Penindasan Israel

KUALA LUMPUR – Ribuan rakyat Malaysia semalam menyertai Perhimpunan Aman Protes Hari Nakba anjuran lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sebagai bantahan terhadap penindasan berterusan ke atas rakyat Palestin serta sokongan berterusan kuasa Barat terhadap Israel.

Para peserta perhimpunan memulakan perarakan dari Menara Tabung Haji kira-kira jam 2 petang, sebelum berhimpun di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kira-kira jam 3 petang.

Pengerusi Gerakan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Nazari Ismail selaku wakil penganjur berkata, perhimpunan itu diadakan sempena memperingati 77 tahun peristiwa Nakba, detik hitam bagi rakyat Palestin.

Tambah beliau, memorandum turut diserahkan kepada wakil Suruhanjaya Tinggi British di Menara Binjai, menuntut agar United Kingdom menghentikan penjualan senjata kepada Israel serta memohon maaf secara rasmi atas peranan negara itu dalam penjajahan Palestin menerusi Deklarasi Balfour.

“Perhimpunan ini bukan sahaja untuk memperingati detik hitam dalam sejarah Palestin, tetapi juga sebagai mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa bahawa rakyat Malaysia menolak penindasan, pendudukan haram dan kekejaman rejim Israel yang disokong kuasa besar dunia, “ katanya ketika ditemui media, hari ini.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, suasana perhimpunan berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal dengan pemantauan rapi oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu melancarkan pergerakan lalu lintas serta memastikan keselamatan peserta sepanjang protes berlangsung.

Sumber: MalaysiaGazette

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jemaah Haji Diingatkan Urus Kewangan Secara Berhemah

Next Post

Umat Islam Diingat Terus Peka Isu Palestin, Nakbah Belum Berakhir

Related Posts