Janji: Amanah Yang Akan Dipersoalkan

1. Terkadang manusia begitu mudah untuk menabur janij. Mereka sanggup menawarkan bulan dan bintang. Tetapi apabila tiba masanya, mereka gagal melaksanakannya malah mengherdik orang yang menuntut janjinya dahulu.

2. Allah memerintahkan manusia agar menunaikan janjinya. Firman Allah:

وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا

“Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” (Surah al-Isra: 34)

3. Ketika menghuraikan ayat ini Sheikh al-Sa’di menjelaskan bahawa mereka yang tidak menunaikan janji boleh dianggap berdosa. Kata beliau:

فَإِنْ وَفَيْتُمْ فَلَكُمُ الثَّوَابُ الْجَزِيلُ، وَإِنْ لَمْ تَفُوا فَعَلَيْكُمُ الْإِثْمُ الْعَظِيمُ

“Maka jika kamu menunaikan (janji tersebut), bagi kamu pahala yang besar; dan jika kamu tidak menunaikannya, maka ke atas kamu dosa yang besar.” (Tafsir al-Sa’di)

4. Lebih menakutkan lagi, mereka yang tidak menunaikan janjinya akan dibangkitkan dengan penuh kehinaan pada hari kiamat. Sabda Rasulullah:

إِنَّ الْغَادِرَ يُنْصَبُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلاَنِ بْنِ فُلاَنٍ

“Sesungguhnya orang yang mengkhianati janji akan ditegakkan baginya satu panji pada Hari Kiamat, lalu dikatakan: Inilah pengkhianatan si fulan bin fulan.” (HR Abu Daud)

5. Oleh yang demikian, setiap Muslim hendaklah berhati-hati ketika melafazkan janji. Jangan sampai kita dikenali sebagai orang yang hanya pandai berjanji tetapi gagal melaksanakan janji-janji kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mengapa Kita Tidak Boleh Salah Mengundi Pemimpin?

Related Posts