Isu Semasa: Pelajar Kolej Mengaku Liwat

Semakin membimbangkan apabila Sinar melaporkan mengenai seorang pelajar kolej yang mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas pertuduhan melakukan perbuatan liwat dengan rakan lelakinya yang juga pekerja kilang.

Lebih membimbangkan apabila wujud kumpulan liberal yang menyokong amalan LGBT ini atas nama hak asasi kemanusiaan. Selain daripada bercanggah dengan fitrah manusia, amalan seperti ini amat bertentangan dengan al-Quran dan hadith.

Allah SWT mengingatkan kita tentang ancaman ini melalui kisah Nabi Lut yang dinyatakan didalam al-Quran. Perbuatan terkutuk ini disifatkan oleh Allah SWT sebagai “orang yang melampaui batas”. Firman Allah:

إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاء بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

Dalam menangani isu ini, Rasulullah ﷺ juga memberi amaran yang keras berhubung perbuatan ini. Rasulullah ﷺ menegaskan bahawa amalan ini adalah perkara yang dilaknat oleh Allah. Sabda Baginda:

    لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ

    Maksudnya: Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut. (HR Ahmad)

    Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, Rasulullah tidak pernah melaknat pelaku dosa besar sebanyak tiga kali berturut-turut seperti yang dilakukan kepada pelaku homoseksual ini. Di sini jelas menampakkan ketegasan Baginda ﷺ dalam menangani permasalahan ini.

    Dalam situasi yang amat membimbangkan ini setiap Muslim haruslah memainkan peranan mencegah, berkempen dan mendidik ahli keluarga dan masyarakat mengenai perbuatan yang dibenci oleh Allah ini.

    Jangan pula ada pihak yang mengambil pendekatan mudah, memberikan ruang kepada kumpulan yang cenderung kepada perbuatan ini melalui pemberian PrEP tanpa kebenaran dan pemantauan ibubapa seperti yang pernah disarankan oleh Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

      Semoga Allah membimbing kita.

      Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

      Total
      0
      Shares
      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      Previous Post

      Budayakan Tilawah, Tadabbur al-Quran Dalam Kehidupan Seharian – Mohd Na’im

      Next Post

      Adab Dalam Pendidikan : Semai Akhlak Mulia, Hormati Guru

      Related Posts