Inkues Zara Qairina Bersambung, Kakak Tiri Tampil Beri Keterangan Hari Ini

KOTA KINABALU, 22 Jun – Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula hari ini dan kakak tiri Allahyarham akan memberikan keterangannya di Mahkamah Koroner di sini.

Prosiding dijadualkan bermula jam 9 pagi itu berlangsung selama lima hari sehingga Jumaat ini.

Difahamkan, turut akan memberi keterangan ialah beberapa pakar termasuk pakar tulisan tangan yang dikemukakan oleh pasukan peguam mewakili ibu Zara Qairina.

Inkues didengar oleh Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan dan dikendalikan oleh pegawai pengendali iaitu Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus.

Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu di bawah bangunan asrama sebuah sekolah menengah agama di Papar.

Bagaimanapun, pelajar itu disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hijrah Sebenar Dengan Meninggalkan Dosa

Next Post

Lebih 11,000 Bangunan Musnah Di Selatan Lubnan, Nilai Kerugian Cecah AS$1.38 Bilion

Related Posts