Imarahkan Masjid Dengan Beri RM3 Setiap Subuh Sepanjang Ramadan

KLANG, 17 Mac – Masjid Ahmadi Rantau Panjang di sini mengambil inisiatif mengimarahkan rumah ALLAH sepanjang Ramadan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat termasuk program tadarus al-Quran dan solat Subuh berjemaah bagi remaja serta kanak-kanak.

Nazir masjid berkenaan, Mustapa Kamal Mohd Nasir berkata, program tadarus Ramadan membabitkan tiga kelompok utama iaitu lelaki dewasa, wanita dan remaja berusia antara lapan hingga 17 tahun.

Menurutnya, seramai 117 peserta menyertai aktiviti itu dan semuanya berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk al-Quran pada Khamis.

“Program ini dijalankan setiap tahun manakala tadarus remaja diperkenalkan buat kali pertama Ramadan tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mustapa Kamal berkata, sepanjang Ramadan, Masjid Ahmadi turut menganjurkan program solat Subuh berjemaah menyasarkan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.

Katanya, setiap peserta diberi insentif RM3 setiap pagi dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM300 sehari.

Beliau berkata, program berkenaan mendapat tajaan pihak tertentu selain dana masjid bertujuan menggalakkan kanak-kanak menanam rasa cinta terhadap masjid.

Mustapa Kamal menambah, selain itu bagi menambah keberkatan bulan mulia, pihaknya turut mengundang imam luar memimpin solat tarawih selama dua malam setiap minggu.

“Aktiviti ini dilihat mampu memberi pengalaman dan semangat baharu kepada jemaah tempatan.

“Objektif utama adalah untuk mengimarahkan rumah ALLAH sepanjang Ramadan dan mendidik generasi muda menghargai masjid serta kembali berkhidmat kepada masyarakat,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Konflik Asia Barat: Semua Penuntut Malaysia Di Jordan Dilaporkan Selamat

Next Post

Kebanyakan Negeri Diramal Cerah Sepanjang Aidilfitri Ini

Related Posts