2,496 Mangsa Banjir Di Perak Telah Direkodkan

IPOH – Hujan berterusan di Perak hari ini menyaksikan mangsa banjir terus meningkat kepada 2,496 orang melibatkan 857 buah keluarga setakat pukul 4 petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa banjir dari daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung serta Perak Tengah ditempatkan di 24 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, Larut, Matang dan Selama merekodkan jumlah mangsa tertinggi dalam bencana kali ini iaitu seramai 1,813 individu (645 keluarga) dengan mereka telah dipindahkan ke 19 buah PPS.

“Manakala Manjung pula mempunyai 500 orang mangsa (162 keluarga) yang ditempatkan di tiga buah PPS, sementara Perak Tengah merekodkan 99 orang mangsa (28 keluarga) dengan mereka berlindung di sebuah PPS,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, sebuah PPS yang dibuka di Kerian pula menempatkan 84 orang mangsa dari 22 buah keluarga.

Jurucakap itu berkata, sebanyak 58 penempatan di keempat-empat daerah berkenaan terjejas dengan banjir tersebut, dengan PPS Sekolah Kebangsaan Simpang di Larut, Matang dan Selama menempatkan paling ramai mangsa banjir iaitu 398 orang. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Haram Terima Sumbangan Dari Kegiatan Dilarang Agama – Mufti

Next Post

Sabah Dilanda Banjir Lagi, Kedah Turut Catat Peningkatan Mangsa

Related Posts