Doa Dilapangkan Urusan & Rezeki

Menurut riwayat al-Tirmizi, seorang hamba yang mempunyai perjanjian hutang (untuk tebus diri menuntut kebebasan) dari tuannya telah datang menemui Saidina Ali dan mengadu: “Wahai Ali, aku tidak mampu untuk membayar hutang untuk menebus diriku, bantulah aku.”

Lalu Saidina Ali menenangkan beliau dan berkata: Hendakkah kamu andai aku ajarkan kepadamu doa yang diajarkan oleh Rasulullah? Doa ini adalah merupakan doa yang sangat baik, andai sekalipun engkau mempunyai hutang yang sangat banyak, Allah ـ akan melapangkan urusan kamu. Ucapkanlah doa ini:

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu supaya aku bebas daripada bergantung kepada selain-Mu.” (Riwayat al-Tirmizi)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Pensyarah Kanan, USIM

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Umat Islam Diminta Waspada Pilih Agensi Umrah

Next Post

Tiga Sahabat Tekad Tunai Haji Dengan Kayuh Basikal

Related Posts

Bagaimana Kematian Kita Nanti?

إِنَّا لَجُلُوسٌ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي المَسْجِدِ إِذْ طَلَعَ مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرٍ مَا عَلَيْهِ…
Read More