
Membaca kisah para sahabat dalam memperjuangkan Islam benar-benar menginsafkan. Al-Imam Ibn al-Athir meriwayatkan kisah bagaimana Saidina Qatadah bin al-Nu’ man yang berjihad sehingga terkeluar matanya dan tergantung.
Insiden ngeri tersebut berlaku dalam Perang Uhud di mana mata Qatadah terkena terkena anak panah. Asim bin Umar menceritakan:
أُصِيبَتْ عَيْنُ قَتَادَةَ يَوْمَ أُحُدٍ، حَتَّى وَقَعَتْ عَلَى وَجْنَتِهِ، فَرَدَّهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَتْ أَحْسَنَ عَيْنَيْهِ
“Mata Qatadah telah cedera pada hari (perang) Uhud, sehingga terjatuh ke pipinya. Lalu Rasulullah ﷺ meletakkannya kembali ke tempat asalnya, maka ia menjadi mata beliau yang paling elok antara kedua-duanya.” (Usd al-Ghabah, 4/370)
Pada asalnya para sahabat ingin memotong sahaja urat yang menggantung bebola mata Qatadah, namun ia dihalang oleh Rasulullah. Kata Asim:
فَأَرَادُوا أَنْ يَقْطَعُوهَا، فَسَأَلُوا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: ” لا “، فَدَعَا بِهِ
Para sahabat ingin memotongnya (untuk mengelakkan mudarat), lalu mereka bertanya kepada Nabi ﷺ tentang hal itu. Baginda bersabda: “Jangan (dipotong).” Lalu Baginda ﷺ memanggil Qatadah (dan merawat beliau).
Insiden ini mengingatkan kita bagaimana ketabahan dan keteguhan sahabat dalam memikul bebanan jihad dan dakwah. Bersabar dalam segala kesulitan yang dialami. Penawar yang terindah akan hadir bersama Baginda Nabi ﷺ.
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
#islamhidupku