Adab Bukan Islam Apabila Masuk Ke Masjid

Al-Imam al-Syafi’i berpandangan bahawa orang kafir adalah dibenarkan untuk masuk ke dalam masjid. Ini berdasarkan beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa Rasulullah menerima mereka di masjid.

Namun, untuk masuk ke masjid, orang kafir seharusnya datang dengan keizinan dan adab yang digariskan. Ini kerana, Saidina Ali pernah mengusir seorang kafir yang masuk ke masjid. Kata Ibn Qudamah:

فأما مساجد الحل فليس لهم دخولها إلا بإذن المسلمين، لأن علياً رضي الله عنه بصر بمجوسي وهو على المنبر وقد دخل المسجد فنزل وضربه، وأخرجه

“Adapun masjid di tanah halal, maka mereka tidak dibenarkan masuk melainkan dengan keizinan umat Islam. Ini kerana Ali pernah melihat seorang beragama majusi masuk sedangkan ketika itu Ali berada di atas mimbar. Lalu Ali turun dari mimbar, memukulnya dan mengusirnya.” (al-Mughni, 9/359)

Namun, majoriti ulama berpandangan bahawa harus bagi orang kafir itu untuk masuk ke masjid dengan adab yang perlu dijaga. Ini sesuai dengan hadis Nabi menerima kesalahan Badawi yang kencing di masjid, kisah Thumamah bin Uthal dan penemuan utusan Kristian Najran di masjid.

Pun begitu, kemasukan mereka perlulah bertepatan dengan adab yang digariskan seperti tidak menggangu dan menimbulkan sesuatu yang menggusar jiwa orang yang beribadah. Ini dinyatakan oleh Majlis Fatwa Jordan:

فقد نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن إيذاء المتعبدين في المساجد والتشويش عليهم، فمن باب الأولى أن لا يُسمح لغير المسلمين بإشغال أهل المساجد عما هم فيه من العبادة والخير

“Sesungguhnya Nabi melarang kita menyakiti orang yang sedang beribadah di masjid, mengganggu mereka, maka adalah lebih utama untuk tidak dibenarkan kepada orang bukan Islam yang akan menyibukkan ahli masjid dari apa yang sedang mereka lakukan dalam beribadah dan kebaikan.”

Semoga Allah membimbing kita.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jauhi Restoran Yang Meragukan

Next Post

Doa Yang Diajarkan Kepada Fatimah

Related Posts