
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ جَائِزَتُهُ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ، وَالضِّيَافَةُ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ، فَمَا كَانَ بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ صَدَقَةٌ، وَلَا يَحِلُّ لَهُ أَنْ يَثْوِيَ عِنْدَهُ حَتَّى يُحْرِجَهُ
Maksudnya:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya; pemberiannya (tempoh layanan istimewa) ialah sehari semalam, dan jangka waktu memuliakan tetamu ialah tiga hari. Apa yang dilakukan selepas itu adalah sedekah. Dan tidak halal baginya (tetamu) untuk tinggal terlalu lama sehingga menyusahkan tuan rumah.”
[Riwayat Malik dalam al-Muwaṭṭaʼ]