Perkasa Tadbir Urus, Ketelusan Institusi Amal Islam – Zulkifli

PETALING JAYA, 19 Nov (Bernama) — Institusi amal Islam di negara ini perlu memperkasakan tadbir urus, ketelusan dan profesionalisme bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap institusi berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata penekanan terhadap aspek integriti dan akhlak juga penting dalam usaha meningkatkan piawaian serta kualiti pengurusan institusi amal Islam.

“Kita bukan hanya ingin menggandakan keuntungan, kebajikan dan sebagainya tetapi pada masa sama sama kita ingin memastikan ketelusan, profesionalisme, integriti, akhlak dan keseluruhan aspek yang penting bagi meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap institusi Islam di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Institusi Amal Islam (KIAI) 2026 Peringkat Kebangsaan di Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Wisma Ungku Abdul Aziz di sini hari ini.

Zulkifli berkata pelbagai program latihan telah dilaksanakan bagi meningkatkan profesionalisme institusi amal Islam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan koperasi.

Konvensyen anjuran bersama Yayasan Infaq ANGKASA dan Bahagian Wakaf Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu menghimpunkan peserta daripada pelbagai sektor termasuk gerakan koperasi, institusi kewangan Islam, NGO, badan kebajikan dan ahli akademik.

Konvensyen bertemakan “Teguh Tatakelola, Teguh Organisasi” itu turut membincangkan aspek tadbir urus, pengurusan kewangan dan perundangan institusi amal Islam.


Sumber:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2636670

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tabung Haji teliti cadangan wujudkan panel khas strategi pelaburan – Marhamah

Next Post

Menteri Agama ingatkan MP Kota Melaka hormati urusan pentadbiran negeri, sensitiviti umat Islam

Related Posts