3 Tahanan Wanita Israel Di Gaza Akan Dibebaskan Hari Ini

KAHERAH: Hamas mengumumkan pihaknya telah menyerahkan nama tiga tebusan wanita Israel yang akan dibebaskan oleh kumpulan pejuang berkenaan di Gaza, hari ini.

Ia sebagai sebahagian tuntutan untuk pelaksanaan gencatan senjata yang ditangguhkan pada saat akhir oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Terdahulu, Netanyahu dilaporkan berkata, gencatan senjata di Gaza yang sepatutnya dilaksanakan, hari ini, tidak akan berkuat kuasa hinggalah Hamas mengemukakan senarai tebusan yang bakal dibebaskan oleh kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tebusan, Briged Ezzedine Al-Qassam mengambil keputusan untuk membebaskan tahanan warga Israel yang berikut, hari ini,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan sambil memberikan nama tiga wanita terbabit.

Seorang pegawai kanan Israel kemudian memberitahu Reuters bahawa senarai tebusan yang akan dibebaskan itu sudah diterima oleh Israel.- Berita Harian

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ribuan Penduduk Gaza Mula Pulang Ke Rumah

Next Post

Tiada Pilih Kasih Dalam Hukuman

Related Posts