Isu keselamatan tidak halang pelajar antarabangsa ke Universiti Fatoni

PATTANI – Isu keselamatan di selatan Thailand tidak menghalang pelajar dari hampir 60 negara, termasuk Malaysia, negara Arab dan benua Afrika, melanjutkan pengajian di Universiti Fatoni.

Rektornya, Prof Madya Dr Ismail Lutfi berkata, institusi pengajian tinggi berasaskan Islam itu turut menerima pelajar dari majoriti wilayah di Thailand, sekali gus mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap persekitaran pembelajarannya.

Beliau berkata, usaha membina keamanan perlu menjadi tanggungjawab bersama, termasuk pemerintah dan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Kira-kira 14,000 alumni kami dan seorang pun tidak terlibat dalam masalah kekerasan (jenayah), dan saya selalu menegaskan dengan pihak pemerintah kalau ada alumni kami terlibat dengan kekerasan, telefon saya terus sebab saya anggap mereka ini anak saya.

“Setakat yang saya tahu di sini (Universiti Fatoni) tidak ada isu keselamatan (keganasan), mereka (pelajar) bebas bergerak seperti biasa, tidak ada masalah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/803339/berita/nasional/isu-keselamatan-tidak-halang-pelajar-antarabangsa-ke-universiti-fatoni

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Apa Itu Istitabah? Memahami Proses Taubat dan Pemulihan Akidah dalam Kes Aliff Daniel

Next Post

‘Masjid banjir’ tetap adakan solat Jumaat hari ini

Related Posts