Pelajar 19 tahun ditemukan maut, polis tahan teman lelaki

Pelajar 19 tahun ditemukan maut, polis tahan teman lelaki
KUANTAN: Seorang pelajar berusia 19 tahun ditemukan maut, dipercayai akibat dicekik selepas berlaku pertengkaran dengan teman lelakinya, di sebuah bilik di Air Putih di sini, hari ini. Suspek lelaki berusia 19 tahun, yang berada di premis berkenaan, ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, suspek menghubungi polis pada 4.32 pagi susulan pertengkaran antara beliau dan mangsa.

“Mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas katil di tingkat bawah rumah berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tekanan di leher mangsa, dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita lanjut menyusul.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://www.buletintv3.my/jenayah/pelajar-19-tahun-ditemukan-maut-polis-tahan-teman-lelaki/
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Tanda Kewarasan Akal

Tanda Kewarasan Akal

Next Post
Rasulullah SAW Menghargai Pemberian dan Mememuhi Jemputan

Rasulullah SAW Menghargai Pemberian dan Mememuhi Jemputan

Related Posts